PELAKON Halle Berry tampil menjawab dakwaan bekas suaminya, Olivier Martinez yang menuduh aktres itu melakukan penderaan fizikal terhadap anak lelaki mereka, Maceo. Menerusi peguamnya, Marina Beck, Berry, 60, menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tidak berasas dan mengelirukan susulan tindakan Olivier yang turut memohon perintah sekatan terhadapnya. Malah, Marina menyifatkan tindakan Martinez sebagai keterlaluan.Martinez didakwa sengaja mencetuskan isu. "Pemfailan ini tidaklah mengejutkan kerana datang daripada seorang individu yang mempunyai sejarah tingkah laku tidak menentu, bersifat mengongkong dan ganas yang telah didokumentasikan dengan baik," jelas peguam berkenaan. Bagaimanapun, Berry menegaskan dia tidak akan membiarkan dakwaan tersebut menghalangnya daripada memperjuangkan kebajikan Maceo serta memberikan kasih sayang dan sokongan yang diperlukan anaknya itu.Terdahulu, Martinez memfailkan permohonan perintah sekatan terhadap Halle selepas mendakwa aktres itu melakukan penderaan fizikal terhadap Maceo dalam satu kejadian pada 26 September lalu.ARTIKEL BERKAITAN: Jim Carrey kahwin lagi, ‘naik pelamin‘ lepas 29 tahun menduda ARTIKEL BERKAITAN: Gagal dalam percintaan... Ben Affleck reda jadi bahan lawak, disindir anak-anakMahkamah turut mengehadkan waktu lawatan Berry bersama anaknya sementara menunggu prosiding lanjut yang dijadualkan berlangsung pada 16 Oktober. Untuk rekod, Berry dan Martinez berkahwin pada 2013 sebelum berpisah dua tahun kemudian. Perceraian mereka hanya dimuktamadkan pada 2023 dengan kedua-duanya bersetuju berkongsi hak penjagaan anak.