BINTANG realiti, Kim Kardashian mendedahkan dia mempunyai lima pengasuh bagi membantu menguruskan empat anaknya.Bagaimanapun, jumlah pengasuh yang lebih ramai berbanding cahaya matanya itu tidak bermakna Kim menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab menjaga anak kepada pembantu. Dalam temu bual bersama The Times, Kim menjelaskan seorang pengasuh akan bertugas pada satu-satu masa manakala empat lagi berada dalam sistem giliran untuk membantu menguruskan anak-anaknya.Kim (dua dari kiri) mempunyai lima orang pengasuh untuk menjaga empat orang cahaya matanya."Saya rasa saya seorang ibu yang agak tegas. Saya sangat penyabar dan penyayang."Saya masih membenarkan anak-anak tidur bersama saya jika mereka mahu. Saya juga membaca buku bersama mereka setiap malam," katanya.Dalam pada itu, Kim turut mengakui bimbang mengenai kesan populariti terhadap anak-anaknya terutama kehidupan keluarga mereka yang dipaparkan menerusi program realiti The Kardashians.ARTIKEL BERKAITAN: Kim Kardashian tak setuju anak buat kerja sekolah di rumah, perlu rehat luang waktu bersama keluargaARTIKEL BERKAITANl: Kim Kardashian tutup akaun YouTube anak, Saint West didakwa kongsi video ejek calon presiden"Setiap anak melakukan apa yang mereka selesa. Jadi, anak-anak kecil saya akan berada bersama ketika saya menjalani penggambaran tetapi mereka tidak begitu terlibat dalam jalan cerita," ujarnya.Untuk rekod, Kim pernah berkahwin dengan penyanyi rap Kanye West pada 24 Mei 2014 namun berpisah selepas enam tahun berkahwin.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu North, Saint, Chicago dan Psalm West.