suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tunai umrah dalam masa singkat, Ivan Gunawan doa bertemu jodoh... Mahu wanita kaya dan berjaya

Ivan berulang alik daripada Inonesia ke Tanah Suci.

DALAM kesibukan bekerja, pengacara Ivan Gunawan sempat meluangkan masa menunaikan ibadah umrah selama tiga hari dua malam.

Ivan berkata, walaupun keadaan fizikalnya agak lemah akibat kurang rehat, dia tetap berasa gembira kerana berpeluang melaksanakan ibadah di Tanah Suci.

“Saya menunaikan umrah, Masya-Allah, selama tiga hari dua malam. Saya bersyukur kepada Tuhan dan sangat gembira.

Antara perkongsian Ivan semasa menunaikan ibadah umrah.

“Kalau ada yang tanya badan saya remuk atau tidak, sudah tentu remuk dan sangat letih. Saya hanya sempat tidur sebentar,” katanya seperti dilaporkan Liputan6.

Menurut Ivan, kunjungannya ke Tanah Suci bukan sekadar untuk meluangkan masa, malah dia turut mengambil kesempatan memanjatkan doa di hadapan Kaabah, termasuk berkaitan soal jodoh.

Katanya, perjalanan tersebut juga tidak dirancang lebih awal memandangkan jadual kerjanya yang padat.

“Tetapi saya pergi untuk meluangkan masa. Saya tidak merancangnya dan saya juga tidak boleh tinggal lama.

ARTIKEL BERKAITAN: Mimpi buat hubungan intim dengan makhluk halus, Ivan Gunawan harap berulang

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu tinggalkan hidup mewah, Ivan Gunawan nekad jual barang berjenama dan tutup akaun kad kredit

“Sudah tentu saya berdoa supaya mendapat jodoh. Memang benar kamu semua sudah ada jodoh, tetapi saya tiada. Mungkin belum tiba masanya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ivan turut berkongsi mengenai ciri wanita idaman yang diharapkannya untuk dijadikan pasangan hidup.

“Kalau boleh, saya mahukan wanita yang kaya dan berjaya,” katanya.

Artikel Lain