BEKAS peserta American Idol, Caleb Flynn dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa peluang parol selepas didapati bersalah menembak mati isterinya, Ashley Flynn.Caleb, 40, disabitkan kesalahan pada 29 September lalu sebelum mahkamah membacakan hukuman ke atasnya pada Isnin. Selain pertuduhan membunuh, dia turut didapati bersalah atas lapan pertuduhan lain termasuk pembunuhan terancang dan mengganggu bahan bukti.Caleb didapati bersalah melakukan pembunuhan terancang. Semasa prosiding dibuat di Mahkamah Rayuan Miami, Caleb dilihat menangis sebelum hakim membaca hukuman yang ditetapkan."Saya tidak menipu ketika mengatakan saya tidak bunuh isteri. Saya akan terus berjuang membuktikan tidak bersalah selagi Tuhan mengizinkan," ujarnya dengan nada bergetar.Ashley yang merupakan seorang guru ditembak mati di rumah mereka ketika sedang tidur dalam satu kejadian yang berlaku pada Februari.ARTIKEL BERKAITAN: Terlepas hak penjagaan, Halle Berry tak terkejut bekas suami fail dakwaan dera anak ARTIKEL BERKAITAN: Gagal hadir latihan tentera, Mino jalani tempoh pengawasan dua tahun... Bakal dipenjara jika langgar hukumanKetika ditahan pihak berkuasa, Caleb memberitahu isterinya mati akibat dibunuh oleh perompak yang memecah masuk rumah mereka di Ohio, Amerika Syarikat.Sepanjang perbicaraan berlangsung, pihak pendakwaan mengemukan pelbagai bukti termasuk mesej perbualan Caleb bersama seorang wanita yang didakwa sebagai kekasihnya.Dikatakan Caleb telah melakukan perancangan rapi untuk membunuh isterinya tanpa dia disabitkan dengan sebarang kesalahan.Caleb merupakan salah seorang peserta yang muncul di peringkat awal program American Idol pada tahun 2013 namun gagal mara di pusingan siaran langsung.