suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Janhvi Kapoor mengamuk video AI tak senonoh tersebar, kecam tindakan tidak bermaruah

Janhvi Kapoor meluahkan rasa marah terhadap suntingan video AI yang melibatkan dirinya.

PELAKON Bollywood Janhvi Kapoor berang apabila video manipulasi kecerdasan buatan (AI) yang menampilkan dirinya dalam situasi seksual tersebar di media sosial.

Video berkenaan dipercayai menggunakan rakaman Janhvi daripada lagu Chuttamalle dalam filem Devara: Part 1, sebelum dimanipulasi menggunakan teknologi AI sehingga menghasilkan kandungan yang tidak pernah berlaku dalam rakaman asal.

Janhvi menyifatkan penyalahgunaan teknologi untuk menghasilkan kandungan seksual tanpa persetujuan sebagai satu tindakan yang sangat melanggar maruah.

Janhvi anggap perkara tersebut sebagai tidak bermoral. 

Janhvi turut menegaskan isu berkenaan bukan hanya mengenai dirinya, sebaliknya mencerminkan ancaman yang dihadapi wanita dalam industri hiburan dan masyarakat termasuk gangguan, penghakiman serta penyalahgunaan imej di ruang digital.

Sementara itu, gandingan Janhvi dalam Devara: Part 1, Jr NTR turut mengecam tindakan tersebut dan menyifatkan video berkenaan sebagai menjijikkan serta tidak bermoral.

ARTIKEL BERKAITAN: Tunai umrah dalam masa singkat, Ivan Gunawan doa bertemu jodoh... Mahu wanita kaya dan berjaya

ARTIKEL BERKAITAN: Anak empat orang saja tapi Kim Kardashian upah lima pengasuh demi keselesaan

Jr NTR berkata dia bersedia mengambil segala tindakan undang-undang yang boleh terhadap pihak yang menghasilkan dan menyebarkan video terbabit.

Dia turut menggesa kerajaan India dan kerajaan negeri supaya memperkenalkan peraturan lebih ketat bagi membendung penyalahgunaan teknologi AI.

 

Artikel Lain