PENYANYI Mino dijatuhi hukuman menjalani tempoh percubaan atau pengawasan selama dua tahun selepas didapati bersalah melanggar Akta Perkhidmatan Ketenteraan, Korea Selatan.Dia juga berdepan hukuman penjara selama satu tahun jika didapati melanggar syarat hukuman tersebut. Mahkamah Daerah Barat Seoul menetapkan hukuman terhadap anggota kumpulan Winner itu selepas dia didakwa melanggar Akta Perkhidmatan Ketenteraan kerana tidak hadir bertugas selama 102 hari tanpa kebenaran.Mino berdepan hukuman penjara jika langgar syarat tempoh pengawasan. Ketika bertemu media sebelum masuk ke ruang mahkamah pada Khamis, Mino sempat memohon maaf dan meluahkan rasa kesal atas kesalahan yang dilakukan.Penyanyi itu pada masa sama mendedahkan faktor kesihatan menjadi punca dia gagal menjalankan tugas dengan baik sepanjang menjalani latihan ketenteraan di negara berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa pukul isteri, pengurusan bertegas pelakon Jepun bersikap lemah-lembut ARTIKEL BERKAITAN: Duit simpanan habis, penyanyi pernah hidup merempat tepi jalan sebelum popular"Saya mengalami kemurungan dan gangguan panik, namun saya sedar sepenuhnya bahawa keadaan tersebut tidak sepatutnya dijadikan alasan atau justifikasi atas apa yang telah saya lakukan."Saya berharap dapat memulihkan kesihatan secepat mungkin dan sekiranya diberi peluang untuk menyelesaikan perkhidmatan ketenteraan, saya akan melaksanakannya dengan penuh tanggungjawab," ujarnya.