PELAKON Jepun, Kentaro Sakaguchi tampil menjawab dakwaan dia melakukan keganasan terhadap isterinya seperti yang hangat menjadi bualan di media sosial.Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, pihak pengurusan Sakaguchi iaitu Tristone Entertainment menafikan perkara tersebut dan menyifatkan semua cerita yang timbul sebagai fitnah. Malah, pihaknya juga menegaskan pelakon berkenaan memiliki keperibadian yang baik dan tidak mungkin bertindak kasar terhadap wanita.Pihak pengurusan tampil memberi penjelasan dakwaan Sakaguchi pukul isteri. "Penyebaran maklumat salah dan fitnah berdasarkan artikel majalah mingguan berterusan."Sakaguchi seorang yang sangat lemah lembut dan dakwaan bahawa dia melakukan sebarang tindakan keganasan terhadap pasangannya langsung tidak benar," jelas kenyataan berkenaan.Pihak pengurusan juga menegaskan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan fitnah tentang Sakaguchi.ARTIKEL BERKAITAN: Foto intim dengan orang kaya tersebar, penyanyi cantik kena singkir kumpulan ARTIKEL BERKAITAN: Song Hye Kyo takut keluar rumah gara-gara terlalu cantik di TV, bimbang peminat kecewa jumpa depan-depanIsu mula timbul apabila pihak polis Jepun datang ke rumah pelakon berkenaan pada 17 September lalu selepas menerima aduan mengenai pergaduhan.Difahamkan, panggilan tersebut dibuat sendiri oleh isteri Sakaguchi susulan berlaku salah faham antara mereka.Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat pada hari kejadian.Pada 6 September lalu Sakaguchi mengejutkan peminat apabila mengumumkan dia sudah mendirikan rumah tangga, namun identiti isterinya tidak didedahkan.