suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ayu Ting Ting bangga anak fasih bahasa Inggeris, dah tak risau nak melancong luar negara

Ayu (kiri) berbangga dengan kemahiran anaknya bertutur bahasa Inggeris.

PENYANYI Ayu Ting Ting meluahkan rasa bangga apabila anak tunggalnya, Bilqis Khumairah Razak mampu bertutur dalam bahasa Inggeris dengan lancar.

Sebagai ibu tunggal, Ayu, 34, menyifatkan kemampuan Bilqis itu sebagai hasil daripada usaha kerasnya selama ini dalam memberikan pendidikan terbaik kepada anaknya.

“Bangga sebagai seorang ibu. Alhamdulillah, selama ini cari duit tidak sia-sia kerana dapat memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak,” katanya menerusi C8 Podcast.

Pengorbanan Ayu bekerja keras memberikan pendidikan terbaik buat anaknya berbaloi.

Dalam pada itu, Ayu turut berkongsi satu kejadian yang membuatkan dia berasa bangga ketika menghadiri pertemuan ibu bapa dan guru Bilqis yang merupakan warga negara asing (WNA).

Kongsi Ayu, dia hanya mendiamkan diri ketika guru berkenaan bertutur di dalam bahasa Inggeris kerana cara pertuturan serta loghatnya berbeza, namun Bilqis pula mampu berkomunikasi dengan lancar.

“Dia menyahut. Saya kata, oh bermakna anak ini memang boleh. Kemahiran mendengarnya bagus,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayu Ting Ting siap ‘booking’ saf dalam masjid, keluarga dapat layanan istimewa jemaah Depok​​​​​​​

ARTIKEL BERKAITAN: Ayu Ting Ting mengaku rapat dengan ahli politik, tak mahu terburu-buru nikah

Walaupun bangga melihat kemampuan anaknya, Ayu mengakui perasaan itu turut diselubungi rasa sebak kerana menyedari segala pengorbanannya selama ini tidak sia-sia.

Tambahnya, dia kini dia tidak lagi terlalu bimbang untuk melancong ke luar negara kerana boleh mengharapkan bantuan Bilqis sekiranya berdepan situasi yang memerlukan penggunaan bahasa Inggeris. 

“Bangga, tetapi dalam hati sedih juga apabila mendengarnya. Maknanya dia boleh bawa saya keliling dunia.

“Kadang-kadang saya berdebar apabila ditanya mahu makan apa di dalam pesawat sebab saya tidak faham bahasa Inggeris,” katanya berseloroh.

 

Artikel Lain