PELAKON Salman Khan berang apabila wajah dan suaranya disalahgunakan menerusi teknologi kecerdasan buatan (AI) sehingga menghasilkan video palsu seolah-olah dia melakukan atau berkata sesuatu yang tidak pernah terjadi.Menurut Salman, 61, teknologi AI kini semakin canggih sehingga suara seseorang boleh ditiru dan digunakan untuk menghasilkan rakaman yang kelihatan benar. Jelas Salman, dia bimbang perkara itu boleh mengelirukan orang ramai, terutama apabila ada yang mempercayai video berkenaan.Salman mahu tindakan tega diambil terhadap pengguna yang salah guna. Disebabkan itu, aktor itu mahu tindakan undang-undang dikenakan terhadap individu yang sengaja menghasilkan kandungan AI palsu untuk memperdaya orang lain."Individu seperti itu patut dipenjarakan. Selagi tidak ada seorang atau dua orang daripada mereka yang dikenakan hukuman penjara, perkara ini tidak akan berhenti.ARTIKEL BERKAITAN: Salman Khan tak pernah baca skrip, yakin gerak hati pilih tawaran filemARTIKEL BERKAITAN: Usahawan barang kemas rugi RM1.2 juta, dakwa Salman Khan menipu"Perlu ada undang-undang yang diluluskan berkaitan perkara ini dan media sosial juga perlu dikenakan kawalan," katanya.Dalam masa sama, Salman juga beranggapan masalah tersebut bukan hanya melibatkan selebriti, malah orang awam juga berisiko menjadi mangsa sekiranya teknologi berkenaan disalahgunakan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube