PELAKON Salman Khan berdepan tindakan undang-undang selepas didakwa terlibat dalam kes penipuan yang melibatkan operasi sebuah bilik pameran barang kemas Being Human di Chandigarh, India.Satu laporan polis telah dibuat terhadap Salman, selain turut melibatkan adiknya, Alvira Khan, serta ahli lembaga pengarah syarikat Style and Content Jewellery yang dikatakan mempunyai kaitan dengan pelakon berkenaan. Isu itu timbul selepas seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Arun Gupta mendakwa dia mengalami kerugian besar selepas dipujuk membuat pelaburan untuk membuka sebuah bilik pameran.Salman dikatakan sebagai salah seorang individu bertanggungjawab di sebalik jenama Human Being. Menurut laporan, Gupta melaburkan sekitar RM1.2 juta bagi membuka bilik pameran tersebut selepas menandatangani perjanjian dengan Style and Content Jewellery, iaitu syarikat yang diberi lesen untuk memasarkan barang kemas jenama Being Human.Gupta mendakwa selepas bilik pameran itu mula beroperasi, syarikat berkenaan gagal memberikan sokongan perniagaan seperti yang dijanjikan.Malah, syarikat yang sepatutnya bertanggungjawab membekalkan barang kemas dikatakan telah ditutup sejak Februari 2020.ARTIKEL BERKAITAN: Salman Khan tak pernah baca skrip, yakin gerak hati pilih tawaran filem ARTIKEL BERKAITAN: Salman Khan akui silap sendiri punca gagal dalam percintaan, impi timang anakBagaimanapun, Style and Content Jewellery sebelum ini menafikan penglibatan Salman dalam perjanjian yang dimeterai pada tahun 2008 itu.Difahamkan, sebuah yayasan milik Salman hanya memberikan lesen penggunaan jenama Being Human kepada Style and Content Jewellery.Manakala tanggungjawab mengendalikan operasi, pemasaran dan penjualan barang kemas terletak sepenuhnya di bawah syarikat berkenaan.Mahkamah Daerah Chandigarh mengarahkan Salman serta individu lain yang terbabit tampil memberi keterangan pada 5 Oktober.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!