SELEPAS 13 tahun meninggalkan dunia lakonan, pelakon Kim Se In terpaksa meneruskan kehidupan dengan bekerja syif malam di sebuah pusat logistik bagi menampung perbelanjaan.Menurut Se In, dia bekerja seawal jam 1.30 pagi sehingga 9 pagi setiap hari. Lebih mencabar apabila dia turut perlu melakukan kerja tambahan sekiranya ada pekerja baharu yang tidak mampu meneruskan tugas dan meninggalkan tempat kerja lebih awal.Se In melakukan pelbagai kerja untuk meneruskan hidup.“Semalam saya bekerja di pusat logistik dari jam 1.30 pagi hingga 9 pagi dan baru sahaja sampai di rumah.“Daripada pekerja baharu, tiga orang termasuk seorang lelaki tidak dapat meneruskan kerja dan pulang separuh jalan. Jadi saya terpaksa melakukan sedikit kerja tambahan,” katanya menerusi hantaran di Instagram.Bagaimanapun, sebaik tiba di rumah, Se In tidak terus berehat sebaliknya menguruskan haiwan peliharaannya terlebih dahulu.ARTIKEL BERKAITAN: Vokalis, pemain dram band Taiwan ‘kantoi‘ hubungan sulitARTIKEL BERKAITAN: Polis dedah punca kematian, Kim Sae Ron dah lama berdepan tekananDia turut mengakui kehidupannya banyak berubah selepas tidak lagi bergelar pelakon, malah kesan melakukan kerja berat dapat dilihat pada keadaan tangan, lengan dan kakinya.“Sebaik sahaja sampai di rumah, saya beri makan haiwan peliharaan, bawa mereka berjalan sebentar dan tukar air minuman.“Kemudian saya biarkan arnab dan ayam berkeliaran di halaman rumah sebelum mandi dan terus berbaring.Se In akui lalui kehidupan sukar sejak tidak bergelar pelakon.“Badan memang penat tetapi saya tetap rasa hari ini saya sudah bekerja keras. Sekarang saya mahu berehat,” luahnya.Sebelum ini, Se In mendedahkan dia pernah dipaksa pergi ke pusat hiburan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) agensinya sehingga membuatkan dia mengambil keputusan meninggalkan dunia glamor.Sejak meninggalkan industri, dia melakukan pelbagai pekerjaan sambilan termasuk bekerja di pusat logistik dan membuat penghantaran makanan bagi meneruskan kelangsungan hidup. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!