AGENSI penyanyi G-Dragon iaitu Galaxy Corporation mengambil tindakan undang-undang sebagai usaha membanteras komen berunsur fitnah dan kebencian terhadap bintang terkenal Korea Selatan itu.Allkpop melaporkan, agensi berkenaan mendedahkan lebih 100 individu telah disaman selepas didakwa memuat naik komen berniat jahat terhadap G-Dragon, susulan laporan daripada peminat dan hasil pemantauan serta pengumpulan bukti yang dilakukan pihak mereka. Menurut Galaxy Corporation, beberapa kes kini sedang disiasat pihak berkuasa, malah ada individu sudah dikenal pasti, dirujuk kepada pendakwa raya dan dibawa ke mahkamah untuk tindakan lanjut.G-Dragon tidak bagi muka kepada pemfitnah di media sosial.Malah, beberapa pesalah telah dikenakan denda ringkas antara 2 juta won hingga 7 juta won (kira-kira RM6,460 hingga RM22,600), manakala pihak pendakwa raya turut memohon hukuman dalam jumlah yang sama bagi kes lain.Galaxy Corporation turut menegaskan bahawa identiti tanpa nama di media sosial bukanlah pelindung kepada mana-mana individu kerana semua pesalah masih boleh dikesan dan dipertanggungjawabkan di sisi undang-undang.ARTIKEL BERKAITAN: Hantaran IG buat peminat tak senang duduk, G-Dragon didesak perjelas hubungan dengan Sana TwiceARTIKEL BERKAITAN: Selamba pakai jubah mandi di tempat awam, netizen label G-Dragon sakit mentalSelain individu yang memuat naik kandungan berunsur fitnah, mereka yang berulang kali berkongsi atau menyebarkan semula kandungan berbahaya juga tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang.Dalam masa sama, agensi itu memaklumkan pihaknya sentiasa memantau portal internet, media sosial, platform video serta komuniti dalam dan luar negara bagi mengumpul bukti berkaitan penyebaran maklumat palsu, fitnah, pencerobohan privasi, gangguan seksual dan kandungan media yang dimanipulasi.Galaxy Corporation turut menegaskan bahawa tindakan undang-undang akan diteruskan walaupun hantaran telah dipadam atau akaun ditukar kepada mod peribadi kerana semua bukti telah disimpan.Agensi itu turut memberi amaran mereka tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mencemarkan nama baik G-Dragon.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!