PELAKON Rizky Billar mendakwa dia mengalami kerugian sekitar RM300,000 akibat penyelewengan dana dilakukan oleh seorang individu yang mempunyai hubungan rapat dengannya.Tidak akan terus berdiam diri, Rizky, 31, sedia mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan bagi menuntut keadilan. Bagaimanapun, pelakon itu masih memberi ruang kepada individu berkenaan untuk tampil dan berbincang bagi mencari jalan penyelesaian terbaik.Rizky dan Lesti tuntut individu berkenaan tampil mengakui silapnya. "Sekarang kami hanya menunggu niat baik dia. Kalau memang tiada sebarang tindakan yang menunjukkan niat baik atau usaha untuk menyelesaikan perkara ini, mahu atau tidak kami terpaksa membuat laporan," katanya.Menurut suami kepada penyanyi Lesti Kejora itu, penyelewengan dana tersebut bukan sahaja melibatkan wang simpanannya, malah turut membabitkan wang milik isteri dan anak-anak mereka.Dakwanya, perbuatan khianat itu telah lama dilakukan oleh individu berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Rizky Billar buat laporan polis, tuntut hukuman berat terhadap penyebar fitnah ARTIKEL BERKAITAN: “Dah berapa hari tak gosok?” - Peminat loya gigi kuning Rizky BillarRizky, dalam masa sama, menegaskan dia hanya menuntut bayaran penuh dan menolak sebarang bentuk ansuran sebagai jalan penyelesaian."Sudah berbulan-bulan dia buat perkara ini. Tak mungkin saya terima bayaran ansuran, jadi harus dibayar penuh," tegasnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!