PELAKON Nia Ramadhani tidak dapat menahan air mata kegembiraan apabila anak bongsunya, Magika Zalardi Bakrie, berjaya melepasi pemilihan untuk menyertai akademi bola sepak di Barcelona dan Arsenal.Menerusi perkongsian di akaun TikTok miliknya, Nia memuat naik momen ketika menghantar Magika menyertai pemilihan Barca Academy, sambil ditemani suaminya, Ardi Bakrie. "Tahniah, kamu terpilih. Barca Academy memilih beberapa pelajar untuk mengikuti latihan di Barcelona dan Magika adalah salah seorang daripadanya," katanya. Nia (kanan) terharu anaknya menerima jemputan rasmi daripada Barcelona Academy.Video tersebut turut memaparkan Nia dan Ardi setia memberi sokongan kepada anak mereka dari tepi padang, selain tidak putus memberikan kata-kata semangat.Bukan sahaja terpilih menyertai kem latihan di Barcelona, Magika juga berjaya mendapat tempat di Arsenal Academy.Nia mengakui dia begitu terharu apabila menerima berita tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Anak malu Nia Ramadhani pakai baju singkat, selamba tegur minta tutup bahagian tubuh terdedahARTIKEL BERKAITAN: Nia Ramadhani ambil ‘angin’ baharu, pindah Singapura demi pendidikan anak"Baru bangun tidur, baca e-mel terus menangis. Daripada ribuan peserta, kamu yang terpilih," katanya sambil menunjukkan surat jemputan rasmi daripada Arsenal Academy.Untuk info, Magika sememangnya dikenali sebagai seorang yang meminati bidang sukan. Selain bola sepak, dia juga pernah menyertai pertandingan tinju.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!