ANGGOTA kumpulan K-Pop Astro Cha Eunwoo mengemukakan rayuan berhubung taksiran cukai berjumlah 13 bilion won Korea Selatan (kira-kira RM41 juta) yang didakwa sudah pun dijelaskan sebelum ini.Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan agensinya, Fantagio, penyanyi dan pelakon berkenaan mengambil langkah undang-undang dengan memfailkan rayuan tersebut menerusi Tribunal Cukai bagi memohon pembatalan taksiran berkenaan. “Cha Eunwoo telah mengemukakan rayuan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh undang-undang demi mendapatkan penentuan cukai yang sewajarnya.Cha Eunwoo sebelum ini memaklumkan dia sudah melangsaikan cukai tersebut. “Memandangkan perkara ini masih lagi dalam proses pertimbangan pihak berkuasa, kami tidak dapat berkongsi butiran lanjut berhubung isu berkenaan,” katanya. Sebelum ini, nama Cha Eunwoo menjadi bualan hangat selepas dia dan ibunya dilaporkan berada dalam siasatan berhubung dakwaan mengelak cukai mencecah 200 bilion won (RM558.2 juta).Modus operandi berkenaan didakwa dilakukan menerusi pembentukan beberapa syarikat 'atas kertas' yang didaftarkan menggunakan namanya serta ahli keluarga.ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon veteran tak terpedaya kata-kata manis lelaki muda, dedah hampir jadi mangsa ‘love scam‘ARTIKEL BERKAITAN: Taecyeon dikejarkan ke hospital, cedera teruk gara-gara gusti lenganEunwoo bagaimanapun tampil memohon maaf secara terbuka berhubung kontroversi yang mencetuskan krisis kepercayaan dalam kalangan peminatnya.Malah, Cha Wunwoo menegaskan bahawa dia sudah pun menjelaskan kesemua pembayaran cukai berkaitan yang sepatutnya dibayar kepada pihak kerajaan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!