suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Teruk dikecam gemuk, Shabrina Leanor jalani pembedahan bariatrik

Kecaman netizen memberi kesan kepada Shabrina.

PENYANYI Shabrina Leanor mendedahkan dia nekad menjalani pembedahan bariatrik selepas menerima banyak kecaman daripada orang ramai terhadap bentuk tubuhnya.

Mengakui dirinya kuat berdepan kritikan, Shabrina, 26, bagaimanapun mengakui kata-kata 'pedas' yang diterima ketika menyertai program Indonesian Idol musim ke-13 memberi kesan sehingga dia berasa tertekan.

"Tak kisah kalau gemuk kerana saya suka. Cuma terlalu banyak kata-kata seolah-olah gemuk itu tidak membolehkan saya menjadi penyanyi. Seolah-olah penyanyi gemuk itu tidak laku dan tidak layak.

Penampilan Shabrina kini lebih langsing. 

"Ketika itu saya baru berusia 24 tahun dan masih muda. Saya dikatakan seperti ibu anak tiga, jadi ketika itu saya nekad akan buat yang terbaik (menurunkan berat badan).

"Apabila terjun ke dalam dunia hiburan, saya berdepan dengan pelbagai cemuhan, kritikan dan macam-macam lagi. Lama-kelamaan, semua itu memberi kesan kepada saya. Walaupun orang menganggap saya seorang yang banyak bercakap dan keras hati, hakikatnya saya juga boleh menangis, bersedih dan berasa kecewa," luahnya.

Menurut Shabrina, dia juga berjaya menurunkan berat badan selepas bergelar juara Indonesian Idol musim berkenaan sebelum melakukan pembedahan bariatrik di Malaysia sekitar Januari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Juara Indonesian Idol sering diejek gemuk, Shabrina Leanor tidak malu dengan bentuk badan sendiri 

ARTIKEL BERKAITAN: Sule tak terima undangan majlis kahwin bekas isteri, cuma tahu daripada media sosial

Biarpun tampil dengan bentuk badan lebih langsing, penyanyi itu sedar masih ada segelintir pihak yang kurang senang dan mempunyai pendapat berbeza tentang dirinya.

"Saya fikir bentuk badan sebelum ini adalah yang terbaik, namun tetap dikecam. Apabila sudah kurus, ada pula yang kata mereka lebih suka dengan bentuk badan dahulu.

"Bagi saya, versi diri yang terbaik adalah mensyukuri apa yang kita ada dan hidup dengan tenang," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain