GARA-GARA melakukan aksi gusti lengan bersama anggota kumpulan 2PM, penyanyi dan pelakon Ok Taecyeon pernah mengalami kecederaan serius sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital.Taecyeon, 37, berkata insiden tersebut meninggalkan kesan apabila terdapat parut pada lengannya yang masih kelihatan sehingga kini. Mengimbau kejadian itu, Taecyeon berkata dia dan Junho ketika itu mempunyai masa terluang ketika berada di Jepun atas urusan kerja sebelum rakannya mengajak bermain gusti lengan.Taecyeon, Junho dan Chanseong imbau kembali kejadian gusti lengan.“Junho beritahu dia bosan dan mengajak saya melakukan gusti lengan. Kami memang selalu buat begitu ketika mempunyai masa lapang,” katanya menerusi saluran YouTube Fullmoon.Namun, aksi yang pada awalnya sekadar suka-suka itu bertukar menjadi insiden mencemaskan apabila kedengaran bunyi kuat dari lengan Taecyeon ketika mereka mula mengerahkan tenaga.Susulan kejadian tersebut, kemunculan mereka dalam sebuah program terpaksa dibatalkan sebelum Taecyeon dibawa ke bilik kecemasan untuk mendapatkan rawatan.ARTIKEL BERKAITAN: Taecyeon umum bakal berkahwin April depanARTIKEL BERKAITAN: Taecyeon bakal tamatkan zaman bujang, majlis intim di Seoul tahun depanJunho turut mengakui mereka mengambil masa agak lama untuk membawa Taecyeon ke hospital bagi mendapatkan rawatan selepas kecederaan itu berlaku.“Perjalanan ke hospital bersama-sama pun mengambil masa yang lama. Saya tak dapat buat apa-apa,” ujar Junho.Bagaimanapun, Taecyeon tidak menjalani pembedahan di Jepun sebaliknya mengambil keputusan pulang ke Korea Selatan bagi menjalani prosedur tersebut.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!