MEDIA Korea Selatan tampil mendedahkan perkara sebenar susulan dakwaan mengatakan pelakon Hwang Jung Min menjalin hubungan sulit dengan seorang peminat wanita sehingga menyebabkan wanita itu cuba membunuh diri.Dispatch menafikan dakwaan berlaku hubungan intim antara Hwang dan wanita itu dan mendakwa mereka hanya bertemu sebanyak tiga kali dalam tempoh lima jam setengah. Menurut laporan, mereka tidak pernah berpegangan tangan, berpelukan, bercium atau melakukan hubungan seks seperti didakwa.Dispatch tampil berkongsikan perkara sebenar. Sebaliknya, Dispatch menjelaskan wanita berkenaan merupakan peminat Hwang yang sering menghadiri sesi promosi filem pelakon itu sebelum mereka mula berhubung dan bertemu beberapa kali.Laporan itu turut mendakwa salah faham bermula apabila Hwang berbual mengenai kemungkinan menjalankan perniagaan soju bersama wanita tersebut sehingga dia menyangka hubungan mereka lebih daripada sekadar kenalan.ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa curang, rakaman suara Hwang Jung Min tersebar di media sosialARTIKEL BERKAITAN: Tiada bukti kukuh, Kim Soo Hyun bebas dakwaan eksploitasi seksual kanak-kanakDispatch melaporkan Hwang kemudiannya membuat laporan polis atas dakwaan gangguan selepas wanita berkenaan didakwa berulang kali menghantar mesej, menghubungi ahli keluarganya dan menghadiri persembahan sekolah anak pelakon itu tanpa pengetahuan mereka.Untuk rekod, dakwaan tersebut timbul selepas satu akaun Instagram memuat naik rakaman suara, mesej KakaoTalk serta beberapa hantaran yang mendakwa Hwang mempermainkan perasaan wanita tersebut sebelum menganggapnya sebagai seorang penghendap.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!