PELAKON Hwang Jung Min menjadi bualan hangat apabila didakwa berlaku curang selepas beberapa mesej dan rakaman suara yang dikatakan membabitkan dirinya tersebar di media sosial.Pendedahan itu dibuat menerusi sebuah akaun Instagram yang turut mendakwa aktor berkenaan mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita. Individu terbabit mendakwa Hwang Jung Min pernah meminta agar hubungan mereka direhatkan selama dua minggu sebelum didakwa menghubunginya semula selepas itu. Hwang Jung Min sehingga kini tidak memberikan sebarang kenyataan balas. Malah individu itu turut menuduh pelakon berkenaan cuba memutarbelitkan keadaan dengan mendakwa dirinya sebagai mangsa selain sengaja melengah-lengahkan penyelesaian saman sivil berkaitan tuntutan ganti rugi."Jangan sesekali cuba mempermainkan media dan mendakwa awak mangsa sebelah pihak."Awak yang datang merayu bersungguh-sungguh untuk berdamai, kemudian hanya mengambil apa yang awak perlukan selepas saya mempercayai awak dan menyerahkan dokumen tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Netizen terkejut Miley Cyrus tayang payudara, kemaluan dalam sesi fotografiARTIKEL BERKAITAN: Tiada bukti kukuh, Kim Soo Hyun bebas dakwaan eksploitasi seksual kanak-kanak"Tetapi awak sengaja melengah-lengahkan sehingga filem awak ditayangkan, menikam saya dari belakang, kemudian menarik diri," dakwanya.Bagaimanapun, sehingga kini Hwang Jung Min belum mengeluarkan sebarang kenyataan bagi menjawab dakwaan tersebut.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!