suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua tahun kunci mulut, pelakon dedah punca simpan rahsia sudah bercerai

Ji Yong harap tidak timbul salah faham berkaitan isu peribadinya.

SELEPAS dua tahun menyimpan rahsia, penyanyi Go Ji Yong akhirnya mendedahkan dia kini sudah bercerai dengan isterinya, Heo Yang Im.

Terbuka berkongsi perkara tersebut, Ji Yong memberitahu dia mempunyai alasan sendiri untuk tidak menceritakan kepada umum mengenai perceraiannya.

"Sebab saya tidak bercerita kepada umum adalah kerana mahu melindungi anak kami, Seung Jae, supaya dia dapat menerima situasi ini dan membesar dalam keadaan harmoni," katanya dalam satu kenyataan.

Yi Jong masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas isteri. 

Bekas anggota kumpulan Sechs Kies itu memaklumkan keputusan untuk bercerai dibuat secara persefahaman bersama bekas isterinya.

Malah, kedua-duanya juga masih mengekalkan hubungan baik demi membesarkan anak lelaki mereka.

Pada masa sama, Ji Yong juga meminta orang ramai menghormati privasi mereka dan tidak bertanya lanjut mengenai masalah yang berlaku antara mereka sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada bukti kukuh, Kim Soo Hyun bebas dakwaan eksploitasi seksual kanak-kanak 

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Myung Soo serasi dengan Kang Min Ah, sudah rapat sebelum ‘Love In Sync’

"Seung Jae memahami hubungan antara ibu bapanya kini dan dia berada dalam keadaan baik. Saya akan terus memikul tanggungjawab sebagai bapa walaupun kami sudah berpisah.

"Saya berkongsi perkara ini bagi mengelakkan sebarang salah faham. Saya harap tiada lagi yang bertanya tentang isu peribadi," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain