KESERASIAN antara dua pelakon sering menjadi penentu kejayaan sesebuah drama romantik, malah perkara itu turut diakui pelakon dan penyanyi Korea Selatan, Kim Myung Soo.Menurut Myung Soo, keserasian yang dipamerkan bersama Kang Min Ah dalam drama Love In Sync bukan sesuatu yang dipaksa, sebaliknya lahir daripada hubungan mesra yang terjalin sejak sebelum penggambaran bermula. "Ini merupakan kali pertama saya bertemu Min Ah. Sebelum memulakan penggambaran, kami banyak melakukan sesi pembacaan skrip bersama.Myung Soo mengimbangi kerjaya sebagai seorang pelakon dan penyanyi."Jadi, kami sudah pun menjadi rapat sebelum penggambaran bermula sebab itu, anda mungkin dapat melihat suasana di sebalik tabir drama ini yang sangat menyeronokkan," katanya. Dalam pada itu, Myung Soo memberitahu hubungan akrab yang dibina sejak awal itu banyak membantu mereka menghidupkan setiap babak, sekali gus memberi keyakinan bahawa penonton turut dapat merasai keserasian mereka di kaca televisyen."Memandangkan kami memang rapat, keserasian antara Mina dan saya jelas dapat dilihat dalam banyak babak.ARTIKEL BERKAITAN: Infinite Terima Hadiah Seluar Dalam Ketika Konsert Di MexicoARTIKEL BERKAITAN: Capai rating penonton tertinggi, saksikan Kdrama ‘The Tale of Lady Ok’ secara percuma di Viu"Jadi, saya harap semua orang akan menonton Love In Sync," ujarnya. Dalam perkembangan lain, anggota kumpulan Infinate itu turut berkongsi bagaimana dia berjaya mengimbangi kerjaya sebagai penyanyi dan pelakon tanpa perlu mengorbankan salah satu daripadanya.Bagi Myung Soo, kedua-dua bidang itu bukan sahaja memberikan kepuasan berbeza, malah saling melengkapi sehingga membantunya berkembang sebagai seorang penghibur."Bagi saya bekerja sebagai penyanyi dan pelakon sama-sama memberi keseronokan dan kepuasan. Myung Soo dan Min Ah (kanan) mendapat keserasian menjayakan watak dalam drama Love In Sync."Apabila saya melakukan salah satu daripadanya, saya akan memberikan sepenuh tumpuan. Disebabkan itu saya benar-benar menikmati apa yang sedang saya lakukan ketika itu."Jadi apabila saya dapat melakukan kedua-duanya sekali, saya suka kerana kedua-duanya saling melengkapi dan memberi kesan yang positif antara satu sama lain. Tiada keperluan untuk memilih salah satu," katanya. Love In Sync kini boleh ditonton menerusi platform Viu pada setiap Sabtu dan Ahad, pukul 11 malam.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!