suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Dia letak tanah kubur depan rumah“ - Amanda Manopo dakwa bekas pekerja ’hantar’ sihir ganggu rumah tangga

Amanda ambil tindakan tegas terhadap bekas pekerja.

SELEPAS kecoh berkaitan isu bekas pekerja melakukan penyelewengan dana peribadi, pelakon Amanda Manopo kini mendakwa dia menjadi mangsa ilmu sihir yang dilakukan individu sama.

Kata Amanda, dia mempunyai bukti jelas menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan perbuatan individu berkenaan cuba melakukan tindakan luar biasa terhadap dirinya.

"Saya dapat tahu dia mengamalkan ilmu sihir. Saya ada semua bukti yang jelas menerusi video CCTV.

Bekas bekerja dikatakan cuba ganggu hubungan Amanda dengan suami. 

"Daripada video tersebut, jelas menunjukkan dia meletakkan tanah kubur di rumah saya. Minuman saya juga disihir dengan jampi," katanya.

Bukti tersebut juga menjadi faktor Amanda memecat individu terbabit sebelum dia mengetahui tentang isu penyelewengan dana.

Tambah pelakon itu, dia juga mendapat tahu sihir yang digunakan bertujuan mengganggu hubungannya dengan suami, Kenny Austin.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas pekerja Amanda Manopo ‘songlap‘ RM1 juta, berjoli sakan di Bali 

ARTIKEL BERKAITAN: Tetamu dapat barangan elektrik, Amanda Manopo berhabis RM1.2 juta buat majlis kahwin... Semua guna duit suami

"Dia ingin memecah-belahkan hubungan kami. Kalau dulu mungkin saya akan biarkan, tetapi sekarang kami sudah ada anak, jadi saya tidak akan berdiam."

Amanda sebelum ini tampil membuat laporan polis dengan mendakwa seorang bekas pekerjanya melakukan penyelewengan dana sehingga menyebabkan dia mengalami kerugian hampir RM1 juta.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain