suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Krisdayanti buktikan usia tak halang raih Juara Wushu Kungfu 2026

Kris meraih gelaran juara di Kejohanan Kebangsaan Wushu Kungfu 2026.

PENYANYI Kris Dayanti sekali lagi membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk terus mencipta kejayaan apabila berjaya meraih gelaran juara dalam Kejohanan Kebangsaan Wushu Kungfu 2026.

Penyanyi berusia 51 tahun itu muncul juara dalam kategori Shanzi Kumpulan E Wanita pada kejohanan yang berlangsung dari 22 hingga 26 Julai lalu di Main Atrium Mal Alam Sutera, Tangerang, Banten.

Kris masih kekal aktif di usia 51 tahun.

Kejayaan tersebut dikongsikan sendiri oleh Kris menerusi Instagram miliknya dengan memuat naik beberapa foto dan video sepanjang pertandingan, termasuk ketika menerima pingat serta sijil penghargaan.

Menerusi perkongsian itu, penyanyi lagu Menghitung Hari tersebut dilihat lincah memperagakan aksi seni kipas lipat (Shanzi) sambil mengenakan kostum hitam di hadapan barisan juri.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada istilah terlambat, Krisdayanti sambung belajar universiti

ARTIKEL BERKAITAN: Kris Dayanti bangga anak ikut jejak langkah jadi penyanyi, dilamar label muzik antarabangsa

“Penyertaan saya dalam Kejohanan Kebangsaan Wushu Kungfu 2026 bukan sekadar untuk bertanding, tetapi juga menjadi ruang untuk melahirkan atlet-atlet masa depan Indonesia.

“Setiap latihan, setiap pertandingan dan setiap proses adalah pelaburan dalam membentuk karakter, disiplin, semangat kesukanan serta kecemerlangan,” katanya.

Sebelum ini, pada Oktober tahun lalu, Kris turut mencipta kejayaan apabila meraih pingat perak dalam Kejohanan Kungfu Dunia Ke-10 2025 yang berlangsung di Emeishan, China.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain