suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keluarga tuntut harta mendiang Chadwick Boseman, dakwa isteri salah urus aset RM16 juta

Ibu bapa Chadwick tampil menuntut hak mereka.

AHLI keluarga mendiang Chadwick Boseman memfailkan tuntutan mahkamah untuk menggugurkan nama isteri pelakon itu sebagai penyelia yang menguruskan harta selepas kematiannya pada 2020.

Tuntutan tersebut dibuat oleh dua adik-beradik Chadwick yang mewakili ibu bapa mereka dengan mendakwa kakak ipar mereka, Simone Ledward Boseman, melanggar perintah mahkamah yang mewajibkan pengagihan dana dan melakukan salah urus dalam mengendalikan syarikat milik pelakon Black Panther itu.

“Selama bertahun-tahun, ibu bapa kami berusaha mendapatkan penjelasan mengenai perkara berkaitan harta pusaka mendiang abang kami, Chadwick Boseman, termasuk hak harta intelek dan legasinya.

Simone (kiri) didakwa gagal menguruskan harta peninggalan Chadwick. 

“Tindakan undang-undang ini difailkan bagi pihak serta dengan kebenaran ibu bapa kami, Leroy dan Carolyn Boseman, yang telah menyerahkan hak kepentingan masing-masing dalam harta pusaka tersebut kepada Boseman Family LLC,” kata adik-beradik Chadwick, Derrick dan Kevin Boseman, dalam satu kenyataan.

Menurut petisyen berkenaan, proses pengagihan dana masih belum diselesaikan sepenuhnya dan mereka mendakwa Simone gagal mengagihkan keseluruhan harta pusaka serta memfailkan permohonan pelepasan pentadbiran terhadap aset milik Chadwick.

Nilai keseluruhan harta pusaka itu dianggarkan sekitar AS$3.8 juta (kira-kira RM16 juta), termasuk wang tunai, akaun persaraan, polisi insurans penjagaan jangka panjang dan Chadwick Boseman Inc., syarikat yang memegang hak berkaitan nama serta harta intelek mendiang.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon filem ‘Black Panther’, Chadwick Boseman meninggal dunia akibat kanser kolon 

ARTIKEL BERKAITAN: Sedih terima berita kematian, Hamilton dedikasikan perlumbaan buat pelakon filem ‘Black Panther

Malah, polisi insurans bernilai kira-kira RM169,000 yang sepatutnya diserahkan kepada Carolyn mengikut perintah mahkamah pada 2022 juga didakwa tidak pernah diagihkan.

Menurut undang-undang California, Amerika Syarikat, harta tersebut perlu dibahagikan sama rata antara Simone dan ibu bapa Chadwick, dengan Carolyn dan Leroy masing-masing layak menerima 25 peratus.

Untuk rekod, Chadwick meninggal dunia pada 28 Ogos 2020 akibat kanser kolon.

Mendiang berkahwin dengan Simone pada tahun yang sama sebelum kematiannya dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain