suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Baru setahun kahwin, pelakon Crash Landing On You didakwa jalin hubungan sulit dengan rakan artis

Pasangan berkenaan sering dilihat bertemu di luar waktu kerja.

PELAKON dan penyanyi Jepun, Miyama Ryoki, menjadi bualan hangat selepas didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan rakan gandingannya dalam pementasan Crash Landing On You, Maria Kano.

Menurut laporan majalah mingguan Shukan Bunshun, hubungan mereka dikatakan mula terjalin ketika sama-sama membintangi adaptasi pentas drama popular Korea Selatan itu.

Dakwaan tersebut mengundang perhatian ramai kerana Ryoki sebelum ini mengumumkan perkahwinannya dengan pelakon Shuri pada Ogos tahun lalu dan pasangan itu kini dikurniakan seorang cahaya mata.

Maria (kiri) dan Ryoki dianggap jalinkan cinta terlarang.

Laporan sama turut mendakwa hubungan Ryoki dan Maria menjadi semakin rapat sepanjang pementasan berlangsung selain dilihat beberapa kali bertemu secara peribadi di luar waktu kerja.

Pasangan itu juga pernah dilaporkan meninggalkan sebuah restoran bersama selepas menghadiri makan malam bersama barisan pelakon lain pada 12 Julai lalu.

Sementara itu, agensi pengurusan Maria mengesahkan pelakon berkenaan ada meluangkan masa berdua dengan Ryoki, namun menegaskan pertemuan tersebut hanya bagi membincangkan urusan kerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Son Ye Jin tutup wajah Hyun Bin guna emoji buat ramai terhibur… Netizen seloroh takut kena penyakit ain

ARTIKEL BERKAITAN: Senyap-senyap ‘main’ cinta, Hyun Bin dan Son Ye-jin mula merindui selepas siri Crash Landing on You tamat

Dalam kenyataan sama, agensi itu mengakui tindakan berkenaan tidak wajar dilakukan kerana boleh menimbulkan salah faham, selain memohon maaf kepada peminat dan semua pihak yang terkesan.

Maria juga dilaporkan menerima amaran keras daripada pihak pengurusan supaya lebih bertanggungjawab terhadap tindakannya pada masa akan datang.

Sehingga kini, Ryoki masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan bagi menjawab dakwaan yang mengaitkannya dengan Maria.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain