SEORANG penyanyi dari Korea Selatan yang pernah menyertai sebuah program pertandingan muzik kini berdepan tindakan undang-undang selepas dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menanam dan memiliki ganja.Menurut Ibu Pejabat Siasatan Bersama Jenayah Dadah Korea Selatan, pihak berkuasa telah menjalankan siasatan intensif selama kira-kira empat bulan bermula 4 Mac lalu berhubung kegiatan penanaman bahan terlarang berkenaan. Hasil daripada siasatan tersebut, seramai 12 individu ditahan dan didakwa di bawah Akta Kawalan Narkotik.Penyanyi tersebut memiliki 155.9 gram. Antara individu yang tersenarai dalam pendakwaan berkenaan merupakan seorang ahli kumpulan hip-hop yang tidak didedahkan identitinya. Penyanyi itu didakwa telah menanam sebanyak tiga pokok ganja di kediamannya sejak Mei tahun lalu hingga Mei tahun ini, selain turut didapati memiliki kira-kira 155.9 gram ganja.Selain dia, tiga lagi individu termasuk seorang komposer berusia lingkungan 40-an turut dilaporkan menjalankan kegiatan menanam ganja secara bersama sejak tahun 2019.ARTIKEL BERKAITAN: Suami minta Ashanty tangguh bertudung, ibadah haji ubah persepsi Anang HermansyahARTIKEL BERKAITAN: Tersilap ‘transfer’ RM10,000 ke akaun Anang Hermansyah, wanita ini rayu pulangkan semula wangKumpulan tersebut didapati memiliki lebih 900 gram ganja semasa tangkapan dilakukan.Bagaimanapun, pihak berkuasa sehingga kini masih belum mendedahkan identiti sebenar penyanyi berkenaan mahupun ahli kumpulan hip-hop tersebut kepada umum.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!