suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami minta Ashanty tangguh bertudung, ibadah haji ubah persepsi Anang Hermansyah

Anang menyokong perubahan Ashanty.

PENAMPILAN terbaharu penyanyi Ashanty yang kini mula berhijab selepas pulang menunaikan ibadah haji mendapat pujian ramai.

Di sebalik perubahan itu, Ashanty, 43, memberitahu suaminya, iaitu komposer Anang Hermansyah, sebelum ini pernah meminta agar dia menangguhkan hasrat untuk bertudung.

Namun, ketika mereka sama-sama berada di Tanah Suci Makkah, Anang mula memuji penampilan isterinya dan yakin Ashanty sesuai dengan imej bertudung.

Ashanty manis mengenakan hijab. 

"Sebelum ini dia kata nanti sahajalah pakai tudung sebab imej saya sebagai seorang penyanyi.

"Tetapi sejak menunaikan haji, dialah yang banyak memberi sokongan. Dia memuji saya sesuai bertudung.

"Semoga bukan sekadar berhijab, tetapi semuanya dapat diperbaiki," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tersilap ‘transfer’ RM10,000 ke akaun Anang Hermansyah, wanita ini rayu pulangkan semula wang 

ARTIKEL BERKAITAN: Ashanty tepis tuduhan rampas harta bekas pekerja, sedia tunjuk bukti

Tambah penyanyi itu, anak tirinya, Aurel Hermansyah, antara individu yang turut memberi sokongan selain menghadiahkannya koleksi tudung baharu.

Menurutnya lagi, pengalaman menunaikan rukun Islam kelima itu memberi perspektif baharu terhadap cara dia berfikir dan menjadikannya lebih matang dalam mengimbangi hal duniawi.

"Aurel kirimkan banyak jenama tudung. Semua warna dan model dia hadiahkan," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain