suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Ada batas yang perlu dihormati“ - Pesanan suami selepas insiden Tantri Kotak dipeluk peminat

Arda (dua dari kanan) terkejut mendapat tahu isterinya dipeluk peminat lelaki.

SUSULAN insiden vokalis kumpulan Kotak, Tantri Syalindri dipeluk seorang peminat lelaki selepas selesai membuat persembahan, suaminya, Arda Hatna tampil menitipkan pesanan kepada orang ramai.

Kata Arda, dia sentiasa memberikan sokongan penuh terhadap kerjaya seni isterinya dan berasa bangga melihat Tantri terus berkarya serta menghiburkan para peminat.

"Saya izinkan isteri terus berkarya, menyanyi dan menghiburkan orang ramai. Saya bangga dengan pekerjaannya dan satu tahu persembahan nyanyiannya begitu bermakna bagi peminat. 

Insiden Tantri dipeluk peminat tular di media sosial.

"Tetapi sebagai seorang suami, saya ada satu pesanan sedikit. Tolong jaga dia (Tantri), saya tidak sentiasa dapat menemaninya di atas pentas. 

"Saya faham mungkin ada (peminat) yang naik ke pentas dalam keadaan teruja dan mungkin tidak berniat buruk pun," katanya. 

Arda berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Kawan rapat Tantri Kotak bawa lari RM2.9 juta

ARTIKEL BERKAITAN: Kotak tak boleh nyanyi 13 buah lagu, bakal berdepan saman jika masih degil

Dalam pada itu, Arda mengakui sebagai suami, dia berasa bimbang apabila melihat isterinya berada dalam situasi sedemikian, namun tetap menghargai sokongan peminat terhadap Tantri.

"Walaupun sehebat mana pun keterujaan kita sebagai penonton, tetap ada batas yang perlu dihormati. 

"Seorang penyanyi yang sedang bekerja juga berhak untuk berasa selamat. 

Arda (kanan) bimbang keselamatan isterinya ketika membuat persembahan pentas.

"Sebagai seorang suami pula pastinya akan berasa risau apabila melihat isterinya berada dalam situasi seperti ini. Terima kasih semua sentiasa peka dan bantu jaga isteri saya," ujarnya. 

Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan Tantri dipeluk seorang lelaki dipercayai peminatnya selepas selesai membuat persembahan di atas pentas.

Tantri yang terkejut dengan tindakan tersebut dilihat cuba mengelak sebelum dibantu seorang petugas yang membawanya keluar dari situasi berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain