PERKONGSIAN penyanyi Haechan tentang amalan menjaga berat badan menimbulkan rasa kurang senang kepada segelintir pihak apabila dia mencadangkan supaya mengurangkan pengambilan makanan.Menerusi respons yang diterima, ramai meluahkan rasa kecewa terhadap anggota kumpulan NCT itu kerana berkongsi amalan yang dianggap gaya hidup tidak sihat dengan cara berlapar. Malah, ada yang bimbang jika tip tersebut menjadi ikutan memandangkan Haechan merupakan seorang selebriti yang berpengaruh.Haechan menerima banyak kecaman susulan perkongsian yang dibuat. "Jika kenyataan ini datang daripada artis wanita, pasti kerjayanya sudah hancur. Ini boleh memberi kesan buruk kepada mereka yang mempunyai masalah pemakanan."Sangat kecewa dengan Haechan. Kenapa awak sanggup suruh peminat berlapar?"Walaupun artis sering berdepan kecaman tentang bentuk badan mengikut standard tertentu, namun tindakan mencadangkan amalan berbahaya seperti ini sangat mengecewakan," komen netizen.ARTIKEL BERKAITAN: Anggota NCT buat kejutan, berhabis lebih RM3,000 untuk peminat sempena Hari Kekasih ARTIKEL BERKAITAN: Haechan NCT kena saman, ditangkap hisap rokok dalam studio latihanHaechan sebelum itu secara terbuka berkongsi amalan diet yang diamalkannya selepas seorang peminat meminta cadangan untuk menurunkan berat badan.Menerusi sesi soal jawab di Instagram, penyanyi itu memberitahu dia sudah mencuba pelbagai cara, namun kaedah paling berkesan baginya adalah dengan berhenti makan."Kalau awak berhenti makan, memang akan kurus. Saya dah cuba macam-macam dan tidak ada cara untuk menurunkan berat badan kalau masih makan seperti biasa."Makan sekadar cukup untuk hidup dan kalau makan makanan yang tak sedap, berat badan akan turun dengan sendiri," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!