suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami Ailee bengang isteri dituduh hamil gara-gara berat badan naik

Si Hoon dan Ailee sedang berusaha dapatkan cahaya mata sulung.

SUAMI kepada penyanyi popular Ailee, Choi Si Hoon, meluahkan rasa kecewa apabila isterinya menjadi mangsa khabar angin kononnya hamil hanya kerana mengalami pertambahan berat badan.

Menurut Si Hoon, dia tidak kisah jika berat badan isterinya meningkat, namun berasa kurang senang apabila perubahan tersebut dikaitkan dengan dakwaan yang tidak benar.

Tambahnya, usaha untuk mendapatkan cahaya mata bukan sesuatu yang mudah buat mereka walaupun melalui rawatan persenyawaan in vitro (IVF).

Si Hoon akan sentiasa membela isterinya.

“Kalau berat badan naik sedikit, itu bukan masalah. Tetapi tiba-tiba muncul gosip mengatakan Ailee hamil. Walaupun saya bukan orang yang mengalaminya, saya tetap rasa marah,” katanya.

Si Hoon berkongsi perkara tersebut menerusi video di saluran YouTube mereka, Illine’s Wedding Diary, ketika pasangan itu bercuti di Miyakojima, Jepun baru-baru ini.

Jelasnya, khabar angin berkenaan turut menyebabkan beberapa rakannya menyangka mereka bakal menimang cahaya mata sehingga dia dihujani ucapan tahniah daripada orang sekeliling.

Dia juga menegaskan tidak akan berdiam diri sekiranya ada pihak cuba memperlekeh perubahan fizikal isterinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pakai baju longgar, selalu pegang perut... Peminat dakwa Ailee hamil

ARTIKEL BERKAITAN: Reda rawatan IVF gagal, suami hadiahkan Ailee beg tangan mewah berharga RM41,000

Sementara itu, Ailee menjelaskan kegagalan rawatan IVF sebelum ini menyebabkan berat badannya meningkat sekitar dua hingga tiga kilogram.

“Sekarang kami cuba menjadikan badan lebih sihat dengan menikmati makanan yang baik bersama-sama.

“Kami juga mula bersenam sejak kebelakangan ini, tetapi berat badan saya tetap naik,” ujarnya.

Untuk rekod, Ailee dan Choi Si Hoon mendirikan rumah tangga pada April 2025 dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di Gangnam, Korea Selatan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain