PENYANYI rap Jelly Roll disahkan bercerai dengan isterinya, Bunnie Xo selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.Menurut laporan, Jelly atau nama sebenarnya Jason DeFord, 42, dan Bunnie memuktamadkan perceraian mereka awal bulan ini selepas penyanyi itu memfailkan permohonan cerai pada Mei lalu atas alasan tiada persefahaman. Jelly turut menegaskan tiada isu kecurangan yang menjadi punca keretakan rumah tangga mereka.Jelly dan Bunnie bercerai dalam keadaan baik. "Saya dan isteri adalah sahabat baik dan kami akan sentiasa menjadi sahabat baik."Dia mungkin satu-satunya wanita yang akan saya cintai seperti mana saya mencintainya."Tiada siapa curang," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Ariana Grande dirakam berpelukan dengan bekas kekasih, didakwa bercinta semulaARTIKEL BERKAITAN: Britney Spears kongsi foto pakaian bayi, beri bayangan sedang hamilMenurut dokumen mahkamah, kedua-dua mereka bersetuju membahagikan aset termasuk rumah, kenderaan, pesawat serta hak harta intelek.Jelly juga dikatakan membuat sejumlah bayaran kepada bekas isterinya namun nilainya dirahsiakan.Sumber terdekat memaklumkan pasangan berkenaan masih menyayangi antara satu sama lain, namun sudah tidak lagi sehaluan dalam merancang masa depan sehingga mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!