KES mahkamah melibatkan namanya sebelum ini memberi kesan mendalam buat penyanyi Piche Kota sehingga dia berasa takut untuk berdepan dengan orang ramai.Kata Piche, 24, dia kini lebih banyak menghabiskan masa di rumah tanpa terlibat dengan sebarang aktiviti luar. Malah, penyanyi yang juga peserta Indonesian Idol musim ke-13 ini belum membuat sebarang perancangan untuk kembali aktif menyanyi dalam tempoh terdekat.Piche rindu mahu bertemu peminat. "Saya jarang keluar rumah. Seharian saya duduk di rumah dan tidak buat apa-apa. Ada trauma dalam diri saya."Mungkin masih ada trauma untuk memulakan aktiviti harian. Saya perlukan masa supaya dapat bercakap dengan orang lain seperti kebiasaannya," katanya.Nama Piche sebelum ini menjadi bualan ramai selepas dia didakwa terlibat dalam kes memperkosa seorang remaja perempuan bawah umur dalam kejadian yang berlaku pada Januari lalu.ARTIKEL BERKAITAN: Piche Kota didakwa perkosa gadis bawah umur, mabuk bersama rakan sebelum lakukan jenayah ARTIKEL BERKAITAN: Selebriti lelaki ini akhirnya buka mulut mengenai dakwaan kes rogol pelajar 16 tahunDalam perbicaraan yang berlangsung pada 14 Julai, Mahkamah Negeri Atambua, Nusa Tenggara Timur, Indonesia menggugurkan nama Piche sebagai tertuduh, namun dia disenaraikan sebagai saksi dalam kes berkenaan.Piche pada masa sama mengakui rindu untuk kembali menyanyi, namun memerlukan masa sebelum keadaan mentalnya benar-benar bersedia."Mestilah saya rindu melakukan perkara yang biasa saya buat iaitu menyanyi. Saya akan berusaha kerana sekarang ini mental saya belum stabil," luahnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!