ANGGOTA kumpulan IVE, Rei mendedahkan dia pernah diminta pihak pengurusannya untuk membuang tahi lalat yang terdapat pada bahagian lehernya.Rei atau nama sebenarnya Naoi Rei, 22, bagaimanapun menolak permintaan tersebut kerana menganggap tahi lalat itu mempunyai nilai sentimental yang tinggi buat dirinya. Menurut Rei, tahi lalat berkenaan merupakan pemberian daripada ibunya sejak kecil dan menjadi sesuatu yang sangat bermakna.Rei bangga dengan tahi lalat yang dimilikinya."Pihak pengurusan meminta saya membuang tahi lalat di leher, tetapi saya menolak."Bagi saya, ia adalah harta yang sangat berharga diberikan oleh ibu saya, jadi saya tidak mahu membuangnya," katanya menerusi satu video yang dikongsikan di media sosial.Tambah penyanyi kelahiran Jepun itu, dia turut menerima banyak pujian daripada peminat serta orang di sekeliling yang menyukai keunikan tahi lalat tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Alami simptom masalah jantung, Rei direhatkan daripada kumpulan IVEARTIKEL BERKAITAN: Bersenam dua kali sehari, Rain terkejut laporan perubatan tunjuk dia pra obesiti"Ramai yang menyedari tahi lalat saya dan berkata ia cantik. Saya rasa betul, kan?" ujarnya.Perkongsian itu mendapat perhatian peminat yang rata-ratanya meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan pihak pengurusan yang didakwa cuba mengubah ciri semula jadi penyanyi berkenaan.Mereka berpendapat kecantikan semula jadi Rei sepatutnya dihargai kerana tahi lalat tersebut sudah menjadi sebahagian daripada identiti dirinya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!