suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Spekulasi perceraian kedua Song Joong Ki tersebar lagi

Khabar angin pergolakan rumah tangga Joong Ki (kiri) tersebar di media sosial.

KHABAR angin mengenai perceraian pelakon Song Joong Ki kembali mencuri perhatian selepas dakwaan rumah tangganya bersama isteri, Katy Louise Saunders dikatakan sedang berdepan masalah.

Selepas tiga tahun bergelar suami isteri, nama Joong Ki kembali menjadi bualan hangat apabila frasa 'Song Joong Ki bercerai lagi' trending di media sosial China pada 13 Julai lalu.

Dakwaan itu sekali gus mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat yang keliru mengenai status sebenar rumah tangga aktor drama Descendants of the Sun itu.

Joong Ki dan Katy (kiri) berkahwin pada Januari 2023.

Menurut laporan, khabar angin tersebut dipercayai bermula daripada sebuah video YouTube yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dengan tajuk sensasi seperti 'Song Joong Ki bercerai buat kali kedua'.

Video berkenaan kemudiannya dipercayai menjadi punca penyebaran semula dakwaan itu selepas seorang blogger Korea menulis artikel berdasarkan kandungan tersebut di portal Naver.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang pengesahan daripada media rasmi Korea Selatan berhubung berita perceraian tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Song Joong Ki ikut cakap bapa, sikap Song Hye Kyo didakwa punca cerai

ARTIKEL BERKAITAN: Song Joong Ki tak halang isteri keluar dengan lelaki, tapi kena balik rumah sebelum 10 malam

Malah, agensi pengurusan Joong Ki juga dilaporkan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai dakwaan berkenaan.

Untuk rekod, Joong Ki dan Katy mendirikan rumah tangga pada Januari 2023 dan dikurniakan dua cahaya mata. 

Sebelum itu, Joong Ki pernah berkahwin dengan aktres Song Hye Kyo pada 2017 namun bercerai pada Julai 2019.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain