PELAKON Titi Kamal mengakui mempunyai minat terhadap kisah seram sehingga mendorongnya memburu lokasi yang dipercayai mempunyai unsur mistik.Kompas melaporkan, Titi mendakwa beberapa kali berjaya merakam kelibat misteri menggunakan kamera telefon bimbitnya. "Saya memang sangat suka filem seram, suka mencari lokasi berhantu dan saya juga mempunyai ramai kawan yang meminati perkara berkaitan kisah seram," katanya.Titi pernah berjaya merakamkan beberapa penampakan makhluk halus.Dalam pada itu, Titi memberitahu minat tersebut membuatkan dia sering mengunjungi pelbagai lokasi yang dikatakan ‘keras’, termasuk kawasan perumahan lama serta bangunan terbiar yang menyimpan pelbagai cerita misteri.Lebih mencuri perhatian, pelakon berusia 44 tahun itu mendakwa pernah merakam beberapa penampakan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.ARTIKEL BERKAITAN: Titi Kamal kongsi tip kekal bahagia, elak keluar rumah ketika bergaduh dengan suamiARTIKEL BERKAITAN: Bercuti semasa pandemik Covid-19, Titi Kamal hanya berani jalan-jalan sekitar hotel selama sebulan"Dulu saya pernah dapat banyak rakaman. Ada yang muncul dalam asap, ada di atas bumbung rumah, malah ada satu wajah yang muncul sendiri. Semuanya dirakam menggunakan kamera telefon saya," ujarnya. Bagaimanapun, pelakon filem perumahan Laddaland mengakui keberaniannya hanya wujud apabila berada bersama orang ramai."Kalau betul-betul berdepan memang saya tak berani, tapi tetap nak cari. Kalau orang cakap, 'dekat pokok itu ada pocong', saya pula akan cakap, 'mana? Jom cari.' Tapi kalau seorang diri, memang takut," katanya sambil ketawa.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!