suria

Titi Kamal kongsi tip kekal bahagia, elak keluar rumah ketika bergaduh dengan suami

Kebahagiaan dan kecantikan Titi kamal sering mendapat pujian ramai.

LEBIH sepuluh tahun berkahwin, pasangan pelakon Titi Kamal dan Christian Sugiono dilihat terus bahagia kerana tidak banyak cerita tentang masalah rumah tangga mereka.

Bagi Titi yang popular menerusi watak Maura dalam filem Ada Apa Dengan Cinta, dia dan suami ada cara tersendiri bagaimana memastikan perkahwinan sentiasa harmoni.

ARTIKEL BERKAITAN: Bercuti semasa pandemik Covid-19, Titi Kamal hanya berani jalan-jalan sekitar hotel selama sebulan

"Jika sedang marah jangan terbawa-bawa perasaan. Tenang dahulu dan jangan terlalu ikut ego sendiri.

"Suami boleh berkompromi tentang apa yang isteri tidak suka dan begitulah sebaliknya," jelas Titi.

titi kamal 2

Titi dan suami saling menjaga keharmonian rumah tangga.

Tambahnya lagi jika berlaku sebarang salah faham, dia dan suami sama-sama akan mengalah dan mengelak daripada keluar rumah.

"Kalau ada berlaku salah faham, ambil ruang sendiri untuk tenangkan diri.

"Apa yang penting jangan keluar rumah ketika bergaduh, tetap berada di rumah dan cuba selesaikan masalah," ujarnya.

Hasil perkahwinan dengan Christian, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arjuna Zayan Sugiono dan Kai Attar Sugiono. KAPANLAGI

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain