suria

Bercuti semasa pandemik Covid-19, Titi Kamal hanya berani jalan-jalan sekitar hotel selama sebulan

Titi takut nak berada di tempat ramai pengunjung.

MESKIPUN pandemik Covid-19 belum berakhir di Indonesia, namun pasangan pelakon Titi Kamal dan Christian Sugiono bersama anak-anak tetap mengambil peluang melancong di dalam negara.

Menerusi Instagram, pasangan ini dilihat menghabiskan masa bersantai bersama keluarga di beberapa daerah popular di Indonesia.

Mereka dilihat memulakan perjalanan di Bali, Bromo Tengger, Jawa Timur sehingga ke Magelang, Jawa Tengah.

Menurut Titi, sepanjang lebih 21 hari pengembaraan itu, dia lebih banyak menghabiskan masa dengan berada di hotel dan memilih penginapan yang tidak mempunyai ramai pengunjung.

Malah, dia mengakui sepanjang tempoh itu dia hanya berjalan-jalan sekitar kawasan hotel sahaja.

"Apabila di Magelang sudah 21 hari mengembara... beraninya cuma di hotel dengan kawasan luar yang tiada orang ramai.

"Kadang-kadang main sembunyi-sembunyi... kalau ada orang kita jauhkan diri, sihat-sihat semuanya!" katanya.

SUMBER: KapanLagi

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain