suria

Putus dengan jutawan Arab Saudi, Rihanna kini bercinta dengan rapper A$ap Rocky?

Rihanna berkenalan dengan A$ap Rocky sejak lapan tahun lalu.

PENYANYI Rihanna kini dikatakan bercinta dengan penyanyi rap A$ap Rocky, 32, selepas gambar mereka berpimpin tangan ketika meraikan sambutan Krismas di Barbados baru-baru ini mencuri tumpuan ramai.

Memetik E!Online, pasangan itu dirakam berpegangan tangan ketika menikmati pemandangan matahari terbenam bersama rakan-rakan mereka dengan menaiki sebuah bot mewah.

Penyanyi Umbrella itu pulang ke kampung halamannya di Barbados untuk meraikan hari Natal bersama ahli keluarganya yang masih menetap di sana.

Setakat ini, Rihanna, 32, dan A$ap Rocky masih belum tampil memberikan sebarang pengesahan mengenai hubungan cinta mereka.

Pasangan itu mula berkenalan ketika sama-sama bekerjasama menerusi lagu Rihanna, Cockiness (Love It) yang diterbitkan pada 2012.

Spekulasi mengenai hubungan mereka mula dihidu sejak Disember tahun lalu apabila kedua-duanya tampil berjalan bersama di laluan karpet merah pada majlis Anugerah Fesyen London.

Rihanna sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan jutawan Arab Saudi, Hassan Jameel namun hubungan mereka dilaporkan putus tahun lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain