suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rahsia terbongkar... Taeyeon dan Ravi VIXX dah setahun bercinta senyap-senyap

Taeyeon dan Ravi berkenalan menerusi seorang kenalan.

HUBUNGAN istimewa di antara penyanyi yang juga ahli kumpulan Girls Generation, Taeyeon dan rapper dari kumpulan VIXX, Ravi, 27, kini sudah terbongkar.

Memetik laporan Allkpop, Taeyeon, 31, dan Ravi dipercayai sudah lebih setahun menyulam cinta.

Mereka dikatakan berkenalan menerusi seorang kenalan sebelum saling bertemu janji selepas itu.

Malah, pasangan itu turut menyambut perayaan hari Natal bersama baru-baru ini.

Ravi dilaporkan menjemput Taeyeon dan menghabiskan masa di kediamannya yang terletak di daerah Seonleung.

Setakat ini, kedua-dua syarikat pengurusan mereka iaitu SM Entertainment dan Groovl1n masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung perkara tersebut.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain