suria

Bukan mudah nak popular, Cita Citata pernah disihir rakan artis... Hilang suara ketika buat persembahan

Cita lalui perjalanan sukar sebelum popular.

PENYANYI dangdut popular, Cita Citata mendedahkan dia pernah melalui pengalaman pelik yang dianggap satu kejadian mistik.

Lebih menyedihkan lagi perbuatan tersebut dilakukan oleh sahabat dalam dunia seni.

ARTIKEL BERKAITAN: Cita Citata syukur batal kahwin jejaka mat salih, tak dapat bayangkan bercerai selepas ada anak - “Saya seolah-olah rasa seperti diselamatkan”

"Ketika saya membuat persembahan, secara tiba-tiba suara tidak keluar sedangkan saya tidak sakit.

"Memang tak masuk akal. Saya tidak boleh bercakap ketika itu," cerita Cita dalam temubual bersama TvOneNews.

Dalam temubual sama, Cita turut berkongsi pengalaman sukar yang dilalui sebelum menjadi popular.

cita citata 3

Cita tidak sangka disihir rakan penyanyi.

Dia pernah ditipu saat pertama kali ke kota Jakarta untuk memulakan kerjaya seni.

"Ketika tiba di Jakarta selama sebulan saya tidak ada kerja sebagai penyanyi.

"Saya hanya bekerja di sebuah pusat karaoke. Mahu atau tidak saya terpaksa, namun setiap hari saya menangis," ujar Cita.

Memang tak masuk akal. Saya tidak boleh bercakap ketika itu

CITA CITATA

PENYANYI

Cita yang popular menerusi lagu Sakitnya Tuh Di Sini akui genre dangdut bukanlah pilihannya.

Bagaimanapun, selepas mempelajari teknik nyanyian betul dan banyak kali membuat persembahan, kini Cita jatuh cinta pada genre itu.

"Saya hanya menyanyikan lagu pop dan jazz sebelum mengeluarkan single. Ketika itu hanya menjadi penyanyi di hotel dan majlis perkahwinan.

"Apabila bersetuju menjadi penyanyi dangdut barulah saya belajar lengkok genre ini. Ternyata ia bukanlah satu yang mudah.

"Selama menjadi penyanyi dangdut saya terus mendalami teknik nyanyian dan jatuh cinta pada genre ini.

"Ternyata dangdut bukan genre yang mudah dan penyanyi dangdut sememangnya mempunyai kemahiran menyanyi yang hebat," jelasnya.-LIPUTAN6

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Cita Citatta, Dangdut, Sihir

Artikel Lain