ANAK kepada pelakon Allahyarham Jalil Hamid, Afiqah Jalil tidak dapat menahan sebak apabila diberi peluang mewakili bapanya yang tercalon di Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2026.Afiqah, 33, yang juga anak kelima Allahyarham berkata, selama ini dia sentiasa menjadi antara individu yang tidak pernah putus memberikan sokongan kepada bapanya, selain berkongsi kegembiraan setiap kali pelakon itu meraih kemenangan. Namun, siapa sangka kini dia perlu berdiri mewakili bapanya pada pencalonan terakhir Allahyarham di acara berprestij berkenaan."Menjadi anak perempuan yang sentiasa memberikan sokongan kepada Ayah, bertepuk tangan dengan penuh kegembiraan dan meraikan setiap kemenangan, selain menitipkan doa sambil menangis setiap kali Ayah tidak berjaya.Afiqah menerima jemputan untuk mewakili Allahyarham sebagai calon ASA2026."Namun, kini saya diberi peluang untuk mewakili ayah pada pencalonan terakhir di Anugerah Seri Angkasa," katanya. Afiqah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. Dalam pada itu, Afiqah mengakui dirinya tidak mampu menandingi segala pengorbanan dan usaha keras yang dicurahkan bapanya sepanjang hampir 47 tahun bergelumang dalam industri seni tanah air.Bagaimanapun, dia tetap berbangga menjadi anak kepada pelakon veteran itu dan bertekad untuk terus membawa nama Allahyarham dengan penuh kasih sayang.ARTIKEL BERKAITAN: Jalil Hamid meninggal dunia dalam tidurARTIKEL BERKAITAN: [V] Hasrat Jalil Hamid mahu tunai haji tak kesampaian, anak kongsi detik terakhir bersama arwah bapa"Saya bukanlah sesiapa jika dibandingkan dengan segala usaha keras yang ayah curahkan sepanjang hampir 47 tahun dalam industri ini. "Namun, saya tetap anak perempuan ayah dan saya akan sentiasa ada untuk ayah."Saya akan hadir ke Anugerah Seri Angkasa bagi mewakili ayah, membawa nama dan menyimpan ayah erat-erat di dalam hati. Untuk ayah, selamanya," ujarnya.Untuk rekod, Allahyarham Jalil menerima dua pencalonan bagi kategori Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik di ASA2026 menerusi lakonannya dalam drama Kalam Murabbi dan Pimpinku Ke Jannah.Jalil meninggal dunia pada 4 Mei lalu.Allahyarham bakal bersaing dengan dua calon lain iaitu Azhan Rani menerusi drama Seribu Tahun dan WOK, serta Zamarul Hisham menerusi drama Terpadamnya Pelita Syawal.Pada 4 Mei lalu, Jalil menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Taman Alam Megah, Seksyen 28, Shah Alam pada pukul 12.30 tengah hari, pada usia 69 tahun.Sepanjang penglibatan dalam dunia seni, Allahyarham banyak menyumbang kepada perkembangan industri hiburan tanah air dan pernah meraih pelbagai pengiktirafan berprestij.Antaranya, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-13 menerusi filem Baginda serta Pelakon Lelaki Terbaik Filem menerusi Bisik Pada Langit di Anugerah Telenovela 2018.