suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nabila Huda persoal status drama ‘Cela‘ masih disekat, sudah berhabis RM7,000 demi watak

Abil berpendapat paparan drama Cela menceritakan realiti semasa.

PELAKON Nabila Huda tampil mempersoalkan status drama lakonannya berjudul Cela yang masih disekat untuk tayangan di Malaysia susulan kontroversi yang memaparkan adegan keterlaluan.

Menegaskan babak tersebut merupakan paparan realiti semasa, Nabila atau mesra disapa Abil, 42, juga meminta mana-mana pihak agar tidak terus meletakkan kesalahan ke atas pelakon yang menjayakan babak itu.

“Untuk rakyat Malaysia, sampai sudah, masih tiada khabar berita. Mungkin sebab cerita ini terlalu dekat dengan realiti. Kadang-kadang, realiti memang pedih untuk diterima. Kebenaran yang sebenar kadang-kadang menjijikkan.

Perkongsian Abil di Instagram. 

“Kalau lakonan kami nampak terlalu real sampai buat anda rasa tidak selesa, itu disebabkan kami pelakon. Itu tugas kami!

“Tugas kami adalah untuk menghidupkan watak dan cerita sampai anda percaya dengan apa yang berlaku depan mata. Jangan hukum hasil lakonan hanya kerana ia nampak seperti semula jadi,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.

Menerusi hantaran sama, Abil turut meluahkan penghargaan buat masyarakat Singapura dan Indonesia yang menonton drama tersebut menerusi platform Viu.

Abil dalam hantaran sama turut menasihati ibu bapa agar lebih peka memantau perkembangan anak-anak dan tidak seharusnya menjadikan paparan drama sebagai punca berlakunya masalah sosial dalam kalangan masyarakat.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Huda profesional lakon babak ‘mesra’ dengan Hun Haqeem... “Bukan suka-suka nak sentuh anak orang” 

ARTIKEL BERKAITAN: Hun Haqeem sudah jangka! Minta audiens jangan mudah buat andaian kecam babak ‘panas‘

“Jangan salahkan drama atau filem sebab kononnya boleh pengaruhi anak-anak anda, kalau kita sendiri gagal memainkan peranan untuk mendidik, memantau dan berkomunikasi dengan mereka.

“Sebab akhirnya, kalau nak cakap tentang keburukan dan kerosakan akhlak, mungkin kita kena berani tanya diri sendiri dulu,” ujarnya.

Sementara itu, dalam satu hantaran berbeza, Abil turut berkongsi usaha sendiri untuk menghidupkan watak Datuk Anees dalam drama berkenaan.

Lakonan Hun Haqeem (kiri) dan Abil kurang disenangi segelintir pihak. 

Tidak sekadar melontarkan dialog di lokasi penggambaran, pelakon ini sanggup berbelanja besar sehingga RM7,000 bagi membeli pakaian serta mendapatkan gaya yang sesuai.

“Daripada pakaian, kasut tumit tinggi, kuku, solekan hinggalah gaya rambut, setiap perincian diteliti dengan teliti. Malah, kasut tumit tinggi yang dipakai juga dibeli khas untuk Dato Anees.

“Seperti biasa, saya turut menggunakan khidmat jurusolek peribadi kerana saya mahu setiap perincian menepati gambaran watak yang saya bayangkan.

“Bagi saya, saya memang sangat serius dalam menjalankan tugas. Apabila melibatkan pembentukan sesuatu watak, saya tidak kisah mengeluarkan wang sendiri serta meluangkan masa dan tenaga demi memastikan watak itu menjadi seperti yang saya inginkan," kongsinya.

Artikel Lain