suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hun Haqeem sudah jangka! Minta audiens jangan mudah buat andaian kecam babak ‘panas‘

Hun sedar lakonannya dalam Cela menjadi bualan ramai.

SEJAK awal treler drama Cela ditayangkan, lakonan Hun Haqeem sudah mula menjadi bualan gara-gara klip pendek yang memaparkan babak panas bersama aktres Nabila Huda.

Menurut Hun atau Haqeem Hermy, 28, dia sudah menjangkakan akan timbul pelbagai reaksi termasuk rasa kurang senang segelintir pihak terhadap aksi berkenaan.

Mengambil pendekatan tenang dan terbuka, Hun juga meminta orang ramai agar tidak mudah membuat andaian sebelum memahami jalan cerita serta mesej yang ingin disampaikan.

Hun dan Nabila memberi kerjasama yang baik menjayakan babak dalam Cela. 

“Secara jujurnya, saya memang sudah menjangka reaksi sebegini. Apa yang boleh saya katakan hanyalah tonton dahulu.

“Berikan peluang dan anda akan faham mengapa saya memilih untuk membawakan watak ini.

“Dalam setiap karya, saya mahu memberi impak kepada penonton. Apabila membaca skrip Cela, saya dapat merasakan ‘kesakitan’ watak itu, iaitu perasaan cinta terlarang yang tidak direstui keluarga, sesuatu yang sebenarnya sangat dekat dengan realiti masyarakat kita,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hun Haqeem kecewa sikap tak profesional pelakon berlagak diva 

ARTIKEL BERKAITAN: Hun Haqeem selesa, mudah serasi dengan Nabila Huda

Berkongsi lanjut, Hun juga memberitahu bukan mudah untuk dia melakonkan babak berkenaan, namun semuanya dapat dilaksanakan dengan kerjasama baik daripada Nabila.

Sedar akan batas dalam lakonan, dia juga menegaskan keintiman untuk menyampaikan emosi tidak seharusnya diterjemahkan melalui sentuhan fizikal.

“Tipulah kalau saya kata tidak rasa janggal atau malu. Namun, semua orang sangat menghormati kerjaya masing-masing. Malah, Nabila adalah pelakon yang sangat hebat.

Barisan pelakon Cela. 

“Keintiman watak itu tidak memerlukan sentuhan fizikal yang melampau. Cukup sekadar melalui renungan mata yang ‘raw’ untuk menyampaikan emosi tersebut kepada penonton,” kongsinya.

Cela merupakan siri terbaharu di platform penstriman Viu yang mula ditayangkan pada 20 Ogos.

Selain Hun dan Nabila, drama arahan Feroz Kadir ini turut menampilkan Zarif Ghazzi, Datuk Seri Eizlan Yusof, Ellyza Azizi, Zain Saidin dan Lisdawati.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain