PELAKON Nabila Huda sedar lakonannya sebagai Datuk Anees dalam drama terbaharu, Cela bakal menjadi buah mulut penonton.Biarpun begitu, Nabila atau mesra disapa Abil, 42, memberitahu peranannya menjayakan babak bersentuhan dan mesra dengan aktor Hun Haqeem adalah untuk menghidupkan jalan cerita. Profesional ketika di lokasi, Abil juga tidak mahu penonton terus membuat penilaian awal tanpa melihat mesej yang ingin disampaikan.Abil selesa bergandingan dengan Hun. "Sebagai pelakon ketika berada dalam satu babak, saya bukan Nabila Huda. Semua sentuhan fizikal ada sebab dan konteks tersendiri."Bukannya saya suka-suka datang ke lokasi penggambaran nak sentuh anak orang. Apabila nampak babak bersentuhan, orang akan memberi fokus kepada situasi itu. Tetapi sebagai pelakon, saya melihat di sebalik babak. Apa yang dia cuba sampaikan. Itu yang lebih menarik untuk saya fikirkan," katanya.Abil ditemui ketika majlis tayangan drama tersebut yang berlangsung di TGV KLCC, Kuala Lumpur pada Rabu.ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Huda tersentuh hati lihat kasih sayang antara bapa dan anak perempuan... “Boleh tak jadi ayah saya juga?” ARTIKEL BERKAITAN: Terbuka terima teguran, Nabila Huda pilih pakaian sesuai ketika berniagaBercakap tentang gandingannya bersama Hun yang membawakan watak Kaer, Abil berkata, mereka mudah bekerjasama meskipun mengakui ada rasa kekok apabila melakukan babak mesra."Hubungan watak kami sangat rumit dan intim. Hun seorang pelakon yang profesional dan senang nak bergandingan sebab dia mendengar serta memberi."Memang ada rasa kekok dan gementar. Tetapi apabila faham babak dan tahu batas masing-masing serta tahu apa yang pengarah mahukan, ia sudah menjadi kerja.Barisan pelakon Cela. "Saya tidak melihat dia sebagai Hun, seorang lelaki muda yang saya sentuh. Saya melihat hubungan antara Kaer dan Anees. Apabila ada kepercayaan itu, keserasian antara dua watak jadi lebih semula jadi," ceritanya.Drama Cela mula ditayangkan pada 20 Ogos di platform Viu dan turut menampilkan pelakon lain seperti Zarif Ghazzi, Datuk Seri Eizlan Yusof, Ellyza Azizi, Zain Saidin dan Lisdawati.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube