KEHILANGAN pelakon Noorkhiriah yang dilihat kini tidak lagi aktif di media sosial menjadi tanda tanya ramai.Sebagai seorang sahabat terdekat, pelakon Ieda Moin memberitahu dia sendiri tidak mengetahui punca Khiriah tiba-tiba menyepi. “Ramai yang mencari saya bertanyakan perkara ini. Saya tidak boleh komen dan tidak tahu apa punca dia menghilang.Ieda sentiasa mendoakan yang terbaik buat Khiriah. “Sebagai individu yang paling rapat pun, dia tidak beritahu apa-apa kepada saya,” katanya kepada mStar.Menurut Ieda atau Siti Haida Abdul Moin, 47, kali terakhir mereka bertemu adalah ketika sama-sama terlibat dalam penggambaran drama Seribu Tahun yang ditayangkan sekitar Mac lalu.Tambahnya, Khiriah merupakan individu terawal meninggalkan kumpulan WhatsApp drama berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Bukan nak berlagak tapi saya ada harga sendiri“ - Ieda Moin kesal bayaran lakonan tak setimpal ARTIKEL BERKAITAN: Noorkhiriah kaku ketika sampai kubur, air mata tak henti mengalir jadi jenazah masuk liang lahadSahabatnya itu juga sempat menghantar mesej peribadi memohon maaf sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.Enggan mengulas panjang tentang kehilangan pelakon itu, Ieda hanya meminta agar peminat memberi ruang kepada Khiriah.“Saya boleh sahaja cari dia. Tetapi saya beri dia ruang. Apa pun yang berlaku, kita beri ruang,” ujarnya.Ied mohon tidak bercakap buruk tentang sahabatnya. Dalam masa sama, Ieda berharap tidak timbul sebarang spekulasi atau cerita kurang enak berkaitan sahabatnya itu.“Saya bukanlah orang yang sepatutnya boleh beri komen lanjut,” luahnya.Menerusi tinjauan di media sosial, akaun Instagram milik Khiriah kini tidak lagi aktif.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube