PENYANYI Aina Abdul mengakui tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja menamatkan saingan di Eurovision Song Contest Asia 2026 apabila merasakan dirinya gagal mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.Aina, 33, berkata dia turut dibayangi kebimbangan terhadap kritikan yang bakal diterima, malah terfikir ada pihak yang berasa gembira dengan kekalahan dialaminya. “Saya sebenarnya tidak sangka akan melalui pengalaman sebegitu selepas pertandingan berakhir. Saya tahu nama saya ini, menang salah, tidak menang pun salah. Aina akui perasaan bercampur baur selepas mendengar keputusan."Ada ramai yang memberikan sokongan, tetapi pada masa sama, tidak kurang juga yang gemar mengkritik saya."Jadi, ketika itu saya terfikir mungkin ramai yang gembira melihat saya kalah. Itulah yang bermain dalam fikiran saya ketika itu,” katanya.Mengulas pemilihan lagu Bluest Sky hasil ciptaannya bersama komposer Mac Chew, Aina sedar karya berkenaan mungkin tidak menepati cita rasa semua pihak, selain beranggapan ia bukan formula terbaik untuk bersaing dalam pertandingan tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul akui terbeban galas harapan ramai, tak pernah terima sokongan terlalu besar sepanjang karierARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul raih tempat keempat Eurovision Asia 2026, Filipina muncul juaraBagaimanapun, penyanyi lagu Sumpah itu menjelaskan keputusan mempertaruhkan lagu berkenaan dibuat kerana mahu menampilkan identiti muzik sendiri selain mencerminkan perjalanan seninya.“Saya tahu apabila mempertaruhkan Bluest Sky, lagu itu bukanlah pilihan yang boleh diterima semua orang. Malah, mungkin ia bukan formula terbaik untuk bersaing di pentas Eurovision.“Namun, saya memilih untuk membawa identiti sendiri. Itulah diri saya dan lagu yang hadir dalam perjalanan seni saya ketika itu. Saya percaya itulah keputusan terbaik yang boleh dibuat.Aina merupakan penyanyi pertama yang mewakili Malaysia.“Dalam pertandingan, adatnya ada menang dan kalah. Saya juga gembira melihat rakan-rakan dari negara Asia lain yang memperoleh kedudukan lebih tinggi. Itu rezeki mereka dan kita tidak boleh mempersoalkan rezeki masing-masing,” katanya.Untuk rekod, Aina yang pertama kali mewakili Malaysia dalam pertandingan berkenaan berjaya mengumpul 152 markah sekali gus menduduki tempat keempat daripada 11 peserta.Penyanyi Filipina, Carmelle muncul juara menerusi lagu Sobra-Sobra selepas meraih 211 markah, manakala wakil tuan rumah, duo MANG x DAOU berada di tempat kedua dengan 170 markah.Sementara itu, penyanyi Vietnam, Tóc Tiên menduduki tempat ketiga selepas mengumpul 164 markah.TONTON VIDEO PILIHAN!