suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita buat laporan polis, keluarga mentua ganggu tuntut aset dibeli sebelum kahwin - “Suami ada motosikal saja”

Perbincangan yang telus dalam kalangan ahli keluarga dapat mengelakkan pertikaian berpanjangan. -Gambar hiasan AI

ISU perebutan harta selepas kematian pasangan bukanlah perkara asing, terutamanya apabila melibatkan aset yang dimiliki lebih awal sebelum sesebuah perkahwinan dibina.

Situasi itulah yang dilalui seorang wanita apabila keluarga mentuanya bertindak menuntut harta sepencarian selepas suaminya meninggal dunia.

Turut menjadi 'sasaran' ialah rumah dan kereta yang dibeli menggunakan wangnya sendiri sebelum berkahwin.

"Saya beli rumah dan kereta sebelum kami berkahwin. Selama tiga tahun kami kahwin, saya duduk rumah tu dengan suami.

"Tapi selepas suami meninggal, keluarga bekas mentua saya datang tuntut harta sepencarian. Sedangkan sepanjang berkahwin, suami cuma bagi duit belanja dapur saja.

Sikap terlalu mengejar harta boleh menjejaskan hubungan kekeluargaan. -Gambar hiasan AI

"Bil-bil dalam rumah suami tak mahu bayarkan dengan alasan tu rumah saya, bukan milik dia. Dia tak mahu ada kena mengena dengan harta saya. Dia cuma menumpang... jadi boleh ke (keluarga mentua) tuntut," ujarnya buntu.

Keadaan itu membuatkan wanita berkenaan tertanya-tanya sama ada keluarga arwah suaminya berhak menuntut harta sepencarian, sedangkan kedua-dua aset tersebut sudah dimilikinya sebelum mereka berkahwin.

"Melebih-lebih pula keluarga mentua tuntut, siap sumpah saya lagi. Saya hairan sebab harta apa yang mereka nak tuntut.

"Sedangkan semua harta tu saya punya, suami pun masuk rumah tu ibarat 'cuci kaki' je. Suami ada motosikal saja.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas suami tuntut rumah dibeli isteri... Ini 3 fakta harta sepencarian yang wanita perlu tahu

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan tunggu suami ‘tutup mata’ baru selongkar... Isteri kena minta 7 dokumen ini demi tuntutan harta sepencarian

"Motosikal tu pun saya sudah bagi dekat ayah mentua semula. Harta yang lain tu saya bayar sendiri tak ada kongsi-kongsi," jelasnya lagi.

Wanita itu turut mendakwa sudah menunjukkan pelbagai bukti pembelian rumah berkenaan kepada keluarga arwah suaminya, namun mereka tetap berkeras mahu menuntut harta tersebut.

Malah, keluarga arwah dikatakan meminta rumah itu dijual sebelum wang hasil jualan dibahagikan sama rata.

Bimbang dengan keadaan itu, wanita berkenaan sudah membuat laporan polis kerana risau tindakan tidak diingini daripada ahli keluarga arwah suaminya.

  • Rumah dan kereta dibeli sebelum wanita itu berkahwin.
  • Perkahwinan pasangan itu hanya bertahan selama tiga tahun.
  • Arwah suami hanya memberikan wang belanja dapur sepanjang perkahwinan.
  • Keluarga arwah menuntut rumah dijual dan wang dibahagikan sama rata.
  • Wanita itu sudah membuat laporan polis kerana bimbang keselamatannya.

Untuk makluman, Jabatan Bantuan Guaman ada menjelaskan mengenai harta sepencarian yang boleh dikaitkan dengan situasi dihadapi wanita ini.

Jelasnya, harta yang diperoleh sebelum perkahwinan juga boleh dikategorikan sebagai harta sepencarian sekiranya aset berkenaan dimajukan atau meningkat nilainya hasil usaha dan sumbangan bersama sepanjang tempoh perkahwinan.

Malah, tuntutan harta sepencarian boleh dibuat selepas kematian suami atau isteri oleh ahli waris menerusi Mahkamah Tinggi Syariah.

Bagaimanapun, kadar pembahagian bergantung kepada bukti serta tahap sumbangan setiap pihak dan bukannya ditentukan secara automatik hanya kerana pasangan pernah tinggal bersama.

Artikel Lain