suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kemelut jawatan MB Negeri Sembilan, Ismail Lasim sekali lagi menghadap Tuanku Muhriz

Beberapa kenderaan dilihat memasuki Istana Hinggap.

DATUK Ismail Lasim tiba di Istana Hinggap pada pagi Jumaat untuk menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, susulan mengenai peletakan jawatannya sebagai Menteri Besar.

Kenderaan yang membawa Ismail dilihat memasuki pekarangan istana pada pukul 10.18 pagi.

Ia merupakan kali kedua beliau menghadap Tuanku Muhriz dalam minggu ini selepas pertemuan pada Selasa lepas.

Terdahulu, rombongan Tuanku Muhriz dilihat memasuki pekarangan istana sekitar pukul 9.30 pagi.

Turut menyusul ialah Undang Rembau, Datuk Hassan Ab Hamid; Undang Sungai Ujong, Datuk Muhammad Faris Johari; Undang Jelebu, Datuk Azrin Khairi serta Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz.

Ketika ditemui pada sebuah majlis pada Khamis, Ismail memberi bayangan akan bertemu petugas media pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Ismail Lasim serah surat letak jawatan MB Negeri Sembilan, Zahid bakal cadang pengganti

Beliau yang kelihatan ceria bagaimanapun tidak menjawab pertanyaan pemberita ketika meninggalkan lokasi, sebaliknya tersenyum lebar sambil berulang kali menyebut, 'jumpa esok'.

Terdahulu, pada lewat Isnin, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abd Kadir mengeluarkan kenyataan mengumumkan peletakan jawatan Ismail.

Menurut Zambry, Pengerusi BN yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah menerima salinan surat peletakan jawatan bertarikh 16 November yang ditujukan kepada Tuanku Muhriz.

Bagaimanapun, pihak Istana Negeri Sembilan pada keesokan harinya menjelaskan bahawa Ismail masih memegang jawatan Menteri Besar sementara menunggu perkenan Tuanku Muhriz.

Penjelasan itu menegaskan bahawa sebarang peletakan jawatan hanya berkuat kuasa selepas diterima oleh Baginda mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid memaklumkan BN hanya mengemukakan satu nama untuk pertimbangan Tuanku Muhriz sebagai Menteri Besar baharu.

Katanya, nama calon berkenaan dipersembahkan pada Isnin, namun kuasa untuk memperkenankan serta mengumumkan pelantikan terletak pada Tuanku Muhriz.

Beliau turut menolak dakwaan Umno mencampuri urusan pentadbiran Negeri Sembilan, sebaliknya menjelaskan pencalonan itu dibuat mengikut kelaziman perlembagaan negeri dan adat.

Menurutnya, langkah tersebut menyusuli keputusan Ismail, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Juasseh, mengemukakan peletakan jawatan secara sukarela.

Untuk rekod, Ismail mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan pada 2 Ogos lalu. -The Star

Artikel Lain