suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hun Haqeem selesa, mudah serasi dengan Nabila Huda

Hun dan Nabila pertama kali berlakon bersama.

PELAKON Hun Haqeem menganggap impiannya untuk bergandingan dengan aktres Nabila Huda menjadi kenyataan akhirnya apabila mereka disatukan dalam drama bersiri Viu Original berjudul Cela.

Hun atau nama sebenarnya Haqeem Hermy, 28, berkata Nabila merupakan antara pelakon yang paling diidamkan untuk bekerjasama sejak bergelar anak seni.

"Boleh saya katakan, dapat berlakon dan bekerjasama dengan Nabila Huda ibarat mimpi menjadi realiti. Saya memang tidak sangka dan tidak pernah menjangka peluang itu tiba akhirnya.

Hun dan Nabila pertama kali bergandingan bersama.

"Dia seorang pelakon yang hebat dan saya berharap kami dapat bergandingan sekali lagi pada masa akan datang," katanya kepada mStar.

Berkongsi pengalaman sepanjang penggambaran, Hun mengakui berasa sedikit gementar pada awalnya kerana Nabila ialah pelakon berpengalaman.

Bagaimanapun, perasaan itu cepat hilang selepas melihat sikap mesra dan mudah didekati yang ditunjukkan aktres berkenaan.

"Perasaan takut itu tidaklah begitu kuat kerana apabila berjumpa dengannya, dia seorang yang sangat mudah membuatkan orang di sekeliling berasa selesa.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya nak kahwin tapi biar masa yang menentukan” - Hun Haqeem

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hun Haqeem tak malu buat ujian kesuburan, seru lelaki buang stereotaip hanya wanita ada masalah mandul

"Saya juga melihat dia sangat mesra dan sering bergelak ketawa bersama kru serta pasukan produksi. Sikap itu membuatkan saya semakin mengaguminya," ujarnya.

Dalam pada itu, Hun berkata dia juga tidak berdepan kesukaran mencari keserasian bersama Nabila ketika menjayakan setiap babak.

Menurutnya, keserasian antara mereka terjalin secara semula jadi kerana masing-masing selesa bekerjasama selain mendapat bimbingan daripada pengarah, Feroz Kader.

Hun selesa dengan sikap Nabila.

"Dari segi lakonan, sangat mudah untuk kami mencari keserasian. Agak sukar untuk saya jelaskan bagaimana itu berlaku, tetapi mungkin disebabkan kami selesa antara satu sama lain, jadi keserasian itu hadir secara semula jadi.

"Setiap adegan yang kami jayakan terasa lebih mudah, ditambah pula dengan bimbingan pengarah yang banyak membantu kami sepanjang penggambaran," kongsinya.

Selain Hun dan Nabila, Cela turut dibintangi antaranya Zarif Ghazzi, Datuk Seri Eizlan Yusof dan Lisdawati.

Drama terbitan Viu Original itu dijadualkan menemui penonton bermula Ogos depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Rawi MS meninggal dunia

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia