PELAKON dan penerbit veteran Rawi MS dilaporkan meninggal dunia kira-kira pada pukul 3.30 pagi ini di kediamannya di Kuala Lumpur.Berita pemergian Papa Rawi atau nama sebenarnya Mohd Rawi Mohd Said disahkan oleh Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM) iaitu Sandakiah Azez. Menurut Sandakiah, sebelum menghembuskan nafas, Allahyarham dikatakan mengalami serangan semput namun sempat memanggil isterinya untuk menyapu ubat di bahagian tubuhnya.Pihak PKAVM sahkan pemergian Allahyarham.Selain asma, Allahyarham juga difahamkan mengalami masalah jantung dan juga hernia."Semasa dipanggil, isterinya Zarela Abdul Kadir dapai ubat bancuh nebuliser suaminya sudah habis jadi dia menyapu ubat sapuan di dada dan belakang badannya."Selepas itu dia pergi membasuh tangan dan dapati suaminya dalam keadaan nazak lalu segera hubungi jirannya tapi tak berjawab.ARTIKEL BERKAITAN: Juara All Together Now Malaysia, Idris Brown meninggal duniaARTIKEL BERKAITAN: Jalil Hamid meninggal dunia dalam tidur"Panggilan kedua barulah ada orang jawab dan hadir untuk membantu," kongsinya.Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Bukit Antarabangsa dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana sebelum solat Jumaat.Sekadar info, Allahyarham pernah membintangi beberapa drama seperti Remuk, Kecoh Kahwin dan Dilema Dania.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!